Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
14 September 2018
Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah.
Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.
Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.
Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.
Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB.
Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.
Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya.
Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952
Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan?
Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi.
Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.
(Dipetik dari laman Facebook beliau)