PUAD: NAJIB BELUM DIAMBIL KETERANGAN LAGI?

132
SHARES
427
VIEWS

NAJIB BELUM DIAMBIL KETERANGAN LAGI?

Mohd Puad Zarkashi
15 September 2018

Menurut Tan Sri Shafie Abdullah, pendakwaan terhadapnya menggunakan Akta AMLA tidak lengkap dan tergesa-gesa. Ini kerana Datuk Seri Najib sebagai saksi utama belum dipanggil, disoal siasat dan diambil keterangannya. Sedangkan RM9.5 juta adalah bayaran yang diterima daripada Najib. Maka bagaimana “saksi utama” belum diambil keterangan, tiba tiba si suspek terus didakwa?

Lim Guan Eng pula, keterangan saksi sudah diambil. Semua saksi sudah bersedia hadir ke perbicaraan. Tetapi kes digugurkan sepenuhnya. Apakah kalau Najib dipanggil dan dia beri keterangan yang tidak ‘favour‘ SPRM maka ia tidak menghalalkan tindakan untuk mendakwa TS Shafie? Hari Najib sepatutnya hadir diambil keterangan, maka hari itulah TS Shafie didakwa. Kehadiran Najib ditangguhkan, tetapi Shafie terus dibawa ke Mahkamah. Ada tangan ghaib?

Dengan kata lain matlamat utama ialah TS Shafie mesti didakwa terlebih dahulu. Dia akan menjadi mangsa mahkamah persepsi dan perbicaraan media. Objektifnya ialah “character assassination”. Kesudahannya TS Shafie terhalang menjadi peguambela kepada DS Najib.

#HarigelapMalaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts