KENYATAAN MEDIA MEJAR HUAN MENGENAI KENYATAAN KHALED NORDIN

401
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Mejar Huan Cheng Guan Berkenaan Artikel “Many Umno members want Najib held responsible for 1MDB, claims Umno VP

Oleh Mejar (Kehormat) Datuk Huan Cheng Guan

18 September 2018

Pandangan saya bagi kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Khaled Nordin.

Inilah kenyataan yang tidak matang dari seorang Naib Presiden dan bekas Menteri Besar Johor.

Untuk maklumat Naib Presiden tersebut, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO apabila Barisan Nasional kalah dalam PRU-14 walaupun pada ketika itu UMNO masih ada 54 kerusi Parlimen.

Ini Naib Presiden yang kalah di ‘state‘ dan Parlimen di Johor kenapa tidak meletakkan jawatan? Johor di bawah beliau adalah sebuah ‘safe state‘ tetapi kalah teruk juga. Apakah Naib Presiden ini cukup suka menyalahkan orang lain tetapi lupa pada diri sendiri. Adakah beliau belajar dari Lim Guan Eng, “always blame others”.

Beliau pula berkata mahu menubuhkan Pakatan Malaysia. Kadang kala sebagai Naib Presiden dan bekas Menteri Besar, beliau kenalah pakai otak sikit. Kini kerajaan ialah Pakatan Harapan, apakah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh luluskan penubuhan satu lagi Pakatan yang baharu untuk menentang mereka?

Lain kali sekiranya mahu bercakap apa-apapun, ‘filter‘-lah sedikit atau guna otak dan jangan cepat melatah. Anda Naib Presiden UMNO, bukan calang-calang ahli atau AJK di Bahagian.

Satu lagi yang saya ingin suarakan, kini memang ada banyak peluang dan peluru untuk tembak Pakatan, kenapa diam pulak? Suka sangat tembak kaki sendirikah?

(Dipetik melalui laman Facebook Mejar Huan Penang)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts