AZHAR HARUN DILANTIK PENGERUSI SPR

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Hari ini kerajaan mengumumkan peguam veteran Azhar Azizan @ Harun, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, sebagai Pengerusi SPR yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang bersara awal pada 1 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan itu sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Azhar merupakan peguam dengan kepakaran dalam bidang pilihan raya.

“Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.

“Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna.”

Azhar dilahirkan pada 26 Oktober 1962 di Kedah berkelulusan undang-undang (LLB) (Hons) dari Universiti Malaya dan (LLM) dengan Merit dari King’s College, University of London.

Beliau memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill dan bermula pada 1992, Azhar berkhidmat sebagai peguam di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh seterusnya berkhidmat di beberapa firma guaman terkemuka tanah air dengan kepakaran undang-undang pilihan raya.

Pada 13 Jun lalu, SPR memaklumkan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai.

SPR dilaporkan berkata, pemendekan tempoh perkhidmatan itu sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts