ISU UMNO TINGGAL 3, 4 KERAT: BUNG MOKHTAR BIDAS AZMIN

523
SHARES
1.7k
VIEWS

Datuk Bung Moktar Radin hari ini menggesa orang luar daripada UMNO berhenti membuat ramalan mengenai parti itu, termasuk Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, mengulas kenyataan Azmin yang menjangkakan jumlah ahli Parlimen daripada UMNO akan semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.

Bung Mokhtar menyindir Azmin yang seharusnya menjaga “rumah tangga sendiri” yang mempunyai masalah tersendiri seperti kewujudan dua kem dan kelihatan semakin huru-hara akhir-akhir ini.

Beliau juga menggesa Azmin menunaikan janji-janji pilihan raya daripada sibuk dengan hal ehwal UMNO.

Mengulas lanjut, Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan, membuat telahan PKR sendiri yang akan menjadi kucar-kacir dan huru-hara menjelang hujung Oktober ini dan bukannya UMNO.

“UMNO telah melalui perhimpunan agung baru-baru ini dan kita membuat satu solidariti iaitu kesetiaan kepada perjuangan dan mana-mana yang meninggalkan parti perjuangan itu sebagai pengkhianat.”

“Jadi Azmin tak perlulah, orang luar tidak perlulah membuat pelbagai andaian, lihat parti masing-masing.”

“Jadi jaga rumah tangga sendiri, jaga parti sendiri.”

“Jadi pemerintah bukan mudah tapi nak memerintah itu senang.”

“Minta Azmin tunaikan dulu janji-janji pilihan raya dia.”

“Tak perlu sibuk tentang UMNO yang nak keluar dan sebagainya.”

“Sebab saya melihat menjelang hujung bulan Oktober ini parti Azmin sendiri akan kucar kacir sama ada dia menang ataupun kalah, parti dia akan menjadi huru hara.”

“Dan kita telah lihat sebelum pemilihan dah banyak mandi darah, kerusi terbang, macam-macam.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts