TRUMP ANCAM AKAN HUKUM SAUDI JIKA TERLIBAT PEMBUNUHAN KHASHOGGI

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (AS) mengancam kerajaan Arab Saudi sekiranya terbukti mereka terlibat dalam pembunuhan seorang wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi.

Trump memberi amaran akan memberikan “hukuman berat” kepada kerajaan Arab Saudi jika terbukti mereka mendalangi atau memerintahkan pembunuhan terhadap Jamal.

Jamal dikenali sebagai wartawan yang lantang mengkritik Riyadh ini, dipercayai dibunuh setelah memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober lepas.

“Ada banyak yang dipertaruhkan dan mungkin kerana beliau seorang wartawan. Ia perkara yang mengerikan dan jijik jika berlaku. Kami akan campur tangan dan (jika terbukti bersalah) dikenakan hukuman berat.”

Trump dipetik berkata dalam sebuah program wawancara “60 Minutes” di CBS, di mana beliau menegaskan jika walaupun Kashoggi terbukti dibunuh oleh ‘tangan’ Riyadh, beliau tetap tidak akan membatalkan perjanjian pembelian senjata antara kedua negara.

“Mereka memesan peralatan ketenteraan, semua pihak di dunia mahupunnya. Rusia dan Chinapun mahu, kamipun mahu, kami dapatkannya. Dan kami dapatkan semuanya.”

Trump juga dipetik berkata bahawa masalah yang berlaku tidak akan menjejaskan sebarang perkara dan menegaskan ada cara lain yang boleh digunakan untuk menghukum Arab Saudi.

Sebagai rekod, Khashoggi merupakan seorang wartawan yang berasal dari Arab Saudi, dan kerap mengkritik Putera Mahkota Mohammad bin Salman bin Abdul-Aziz Al Saud dan kerabat DiRaja Arab Saudi.

Beliau kerap mengkritik kerajaan Arab Saudi dalam isu perang di Yaman dan polisi mereka terhadap Qatar dan telah setahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dan lantang mengkritik Arab Saudi melalui Washington Post.

Beliau dilihat buat kali terakhir pada 2 Oktober ketika memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen berkaitan urusan perkahwinan beliau dengan seorang warga tempatan Turki.

Perkara ini diakui oleh teman beliau yang menanti di luar Konsulat Arab Saudi dan mengatakan Khashoggi langsung tidak keluar selepas memasuki konsulat berkenaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts