Bekas wakil Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menuduh kerajaan Rusia berusaha untuk menghancurkan Kesatuan Eropah (EU) dan juga Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Biden turut mengecam kerajaan China kerana menuduh kedua negara besar dunia ini terlihat sebagai menentang sistem dan nilai-nilai Barat, yang dipetik berkata dalam sebuah majlis mengenai perang dingin.
“Kami sedang memerhati hubungan baru dengan China dan Rusia. China berusaha untuk membangunkan negaranya sebagai peneraju kekuasaan global manakala Rusia pula menggunakan setiap cara yang ada untuk mewujudkan ketidakstabilan dan perselisihan.”
“Presiden Rusia, Vladimir Putin inginkan NATO dan EU dibubarkan, daripada pembentukan kembali Soviet Union.”
“Putin lebih senang berurusan dengan satu persatu negara yang boleh ditekannya, daripada seluruh negara Barat yang demokratik dan bersatu.”
Biden kemudiannya berkata, tentangan Rusia dan China bukan hanya mengenai persaingan kekuatan negara besar di dunia, tetapi juga apa yang beliau nyatakan sebagai persaingan sistem.
Beliau menambah, China dan Rusia juga berusaha untuk membentuk sistem antarabangsa baru yang mungkin tidak konsisten dengan nilai-nilai Barat sedia ada dan juga bertentangan dengan kepentingan Barat terutamanya dalam bidang ekonomi seperti perdagangan, perlindungan data, hak harta intelektual dan tenaga.