SELAMAT DATANG PERDANA MENTERI KELAPAN

142
SHARES
459
VIEWS

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila dijadualkan akan mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen jam 10 pagi esok selepas beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, semalam dengan majoriti 23,560 undi.

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Rakyat ke-14 esok akan dimulakan dengan majlis Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang akan membuka lembaran baru buat negara yang bermula perlahan sejak Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Beliau yang juga Presiden PKR, telah berhempas pulas sejak 20 tahun lepas melalui reformasi dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri keempat ketika itu.

Beliau diaibkan dan dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 kerana tuduhan meliwat namun dipenjarakan atas sabitan kesalahan salah guna kuasa, jauh berbeza dengan pertuduhan asal iaitu meliwat.

Namun kini Anwar kembali ke persada politik selepas mendapat pengampunan penuh daripada YDP Agong dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan dalam satu peralihan kuasa yang unik di mana Perdana Menteri ketika ini juga Tun Dr. Mahathir Mohamad, individu yang sama memecatnya pada tahun 1998.

Peralihan kuasa ini kelihatan lancar cuma diselangi dengan rancangan jahat mereka yang di sekeliling Perdana Menteri ketujuh yang tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mereka khuatir akan siasatan yang akan dijalankan terhadap mereka kerana terlibat dengan pelabgai skandal yang Anwar dan PKR sendiri sering dedahkan sebelum ini.

Anwar dilihat oleh pemerhati politik sebagai individu yang paling sesuai untuk mengembalikan hala tuju kerajaan dan fokus dengan agenda untuk membangunkan negara dan bukannya terlibat dengan pelbagai isu dan kelemahan di kementerian masing-masing yang tidak mampu mereka atasi.

Tun Mahathir sendiri telah melahirkan kerisauan dan kekecewaan sebelum ini terhadap beberapa Menteri yang dilantiknya atas kapasiti kuota parti dan bukannya kerana individu tersebut berkebolehan ataupun berpengalaman.

Maka, kemaraan Anwar sebagai Perdana Menteri wajar dipercepatkan tanpa perlu menunggu tempoh dua tahun kerana hanya setelah lima bulan negara dipimpin oleh Tun Mahathir, pelbagai projek mesra rakyat dibatalkan dan rakyat yang mengundi mereka sendiri kehilangan kerja.

Anwar sendiri telah menyatakan hasrat akan merombak kabinet di bawahnya dan tindakan beliau ini amat bertepatan dengan negara yang sedang menghadapi masalah keyakinan pelabur dan juga masalah diplomasi dengan beberapa negara kuasa besar dunia termasuk China.

Tun Mahathir hanya perlu menyerahkan ‘baton’ Perdana Menteri kepada Anwar dan mereka di sekeling Tun Mahathir wajar redha akan peralihan kuasa ini, ataupun sewajarnya mereka berasa takut?

Selamat tinggal Perdana Menteri ketujuh, selamat datang Perdana Menteri kelapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts