MAHATHIR PATUT LETAK JAWATAN SEKARANG

135
SHARES
435
VIEWS

MAHATHIR PATUT LETAK JAWATAN SEKARANG

Pilihan raya Port Dickson sudah selesai

Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang besar.

Majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 15 Oktober.

Pembohongan manifesto Pakatan Harapan

Beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir dalam satu wawancara dari Bali, menyatakan bahawa  “Manifesto Pakatan Harapan ada kesilapan iaitu tol tidak dapat dihapuskan.”

Bermakna: Manifesto tersebut adalah satu pembohongan

Keberanian Tun Mahathir mengaku

Sesungguhnya rakyat terharu dengan keberanian Tun Mahathir mengaku bahawa mereka berbohong kepada rakyat mengenai isu tol ini.

Konvensyen di negara barat seperti di United Kingdom

Perdana Menteri sesebuah negara barat akan mengambil tanggungjawab penuh sekiranya berlaku sebarang kesilapan fundamental yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah.

Tun Mahathir selaku Pengerusi kepada Gagasan Pakatan Harapan merupakan ketua yang bertanggungjawab penuh.

Tun Mahathir tidak boleh berkata bahawa:

Beliau tidak setuju kepada pembatalan tol dalam manifesto Pakatan Harapan

Tun Mahathir must be accountable” dengan perkara yang terdapat dalam manifesto tersebut

Oleh yang demikian, Tun Mahathir mesti meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini kerana gagal menyempurnakan janji yang telah termaktub.

Ini adalah cara paling terhormat untuk Tun Mahathir Mohamad.

Salam.

Sekadar pandangan ikhlas,

DSBA

“FREEDOM OF SPEECH”

Kebebasan Bersuara Nilai Bangsa Kita

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts