KUNJUNGAN PERKASA BERTEMU JAWATANKUASA TERTINGGI INSTITUSI HAL EHWAL ISLAM

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan menerima kunjungan rombongan pengurusan PERKASA yang diketuai oleh Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali yang lebih mesra disapa sebagai Tok Him.

Kunjungan oleh PERKASA adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum Cadangan Untuk Memperkasa Institusi Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Inisiatif ini konsisten dengan dasar perjuangan PERKASA sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang kini berusia 80 tahun di era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, terkenal dengan muka ‘Iron Man‘ yang sukar tersenyum ketika masih menjawat jawatan tersebut.

Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam adalah atas kehendak kerajaan dan kemahuan Raja-raja Melayu, yang berperanan dalam proses menambah baik, melakukan perubahan dan menstruktur semula fungsi serta hala tuju organisasi pentadbiran Islam di negara ini, yang akan melapor terus kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Selain Ahmad Sarji dan Syed Danial, jawatankuasa itu turut dianggotai Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr. Afifi al-Akiti sebagai Timbalan Pengerusi.

Tokoh-tokoh lain ialah Prof Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Datuk Dr. Nooh Gadot, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, serta dua wakil dari Sabah dan Sarawak, Datuk Aidi Mokhtar dan Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Semua menerima watikah pelantikan pada 9 Ogos daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lepas, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-249.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts