TURKI TIDAK MAHU HUBUNGAN DENGAN ARAB SAUDI TERJEJAS

348
SHARES
2k
VIEWS

Menurut jurucakap Presiden, Ibrahim Kalin, kerajaan Turki hari ini menegaskan tidak mahu hubungan dua hala antara Turki dan Arab Saudi terjejas berikutan kejadian pembunuhan kolumnis The Washington Post, Jamal Khashoggi yang berlaku di Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

“Tiada apa yang akan disembunyikan daripada orang awam (mengenai kes Khashoggi). Matlamat utama kami adalah untuk menyiasat dengan teliti. Kami harus bekerjasama dengan Arab Saudi untuk mengelakkan jurang (siasatan). Tetapi kami tidak mahu keadaan tersebut membatasi hubungan dengan Arab Saudi, di mana kami mempunyai banyak projek dan bidang kerjasama. Ini adalah negara kami, kerana itu prosesnya sangat sensitif.”

Jamal Khashoggi, berketurunan Arab Saudi dan menetap di Amerika Syarikat, dilihat kali terakhir memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lepas. Beliau sebelum ini cukup lantang mengkritik pentadbiran dan dasar Riyadh terutamanya Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al Saud.

Setelah lebih dua minggu menafikan berita tersebut, Arab Saudi akhirnya mengaku pada Jumaat lepas melalui media bahawa Jamal terbunuh dalam satu perbalahan di dalam Konsulat. Menurut Riyadh, 18 orang yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun ditahan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts