PEMBUNUHAN KHASHOGGI: HUBUNGAN MALAYSIA-SAUDI TIDAK TERJEJAS

442
SHARES
2.6k
VIEWS

Hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi tetap kukuh di sebalik kejadian yang menimpa kolumnis Washington Post, Jamal Kashogghi yang disahkan terbunuh di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki, menurut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah seperti yang dipetik media.

Hubungan dua hala negara tidak terjejas di sebalik kejadian tersebut namun pihak kerajaan tetap memantau dan menanti keputusan siasatan sepenuhnya sebelum mengulas lanjut.

Insiden tragis dan menyedihkan tersebut dilakukan oleh para pegawai yang bertindak di luar kawalan dan arahan Riyadh.

Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melahirkan rasa dukacita dan sedih atas tragedi yang tidak disengajakan tersebut dan bertekad membawa pegawai yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Riyadh juga akan memastikan mangsa dan keluarga akan mendapat pembelaan sewajarnya atas perbuatan pegawai-pegawai yang didapati bertindak sendirian dan di luar arahan tersebut.

Setakat ini 18 orang pegawai telah ditahan termasuk Timbalan Ketua Perisikan Arab Saudi, Ahmed Al-Asiri dan Saud Al-Qahtani, penasihat Mahkamah Agung yang dipecat serta-merta dari jawatan masing-masing.

Tiga pegawai risikan lain yang turut dipecat ialah Mohammad bin Saleh Al-Rumaih, Abdullah bin Khalifa Al-Shaya dan Rashad bin Hamed Al-Muhamadi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts