KENAPA MEIO TIDAK BERTINDAK TERHADAP PEMBOCOR “SURAT CIA”?

1.2k
SHARES
4k
VIEWS

(Disiarkan pada 25 Oktober 2018)

Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang selama ini beroperasi dengan penuh kerahsiaan, menjadi hangat selepas kebocoran “surat CIA” dan penangkapan serta pendakwaan terhadap beberapa individu termasuk bekas Ketua Pengarah dan Timbalannya.

Mereka juga dikaitkan menerima dana AS$12 juta daripada negara Timur Tengah menjelang PRU-14 dan didakwa menyalahgunakan kuasa untuk membawa masuk dana tersebut ke Malaysia melalui lapangan terbang.

Manakala surat kepada CIA tersebut kononnya dibocorkan kerana mengkhianati negara namun perkara sebaliknya yang berlaku iaitu pembocor itulah pengkhianat sebenarnya.

Sama ada mereka tidak memahami keperluan diplomasi dan strategik yang terkandung dalam surat tersebut ataupun sengaja dilakukan untuk kepentingan diri sendiri.

Siapa yang membocorkan surat tersebut amat mudah diteka iaitu sama ada dibocorkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) ataupun oleh pihak MEIO sendiri, seperti pandangan seorang penulis, Ab. Jalil Backer yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 6 Ogos lalu.

Presiden Pemantau Kerajaan Baru, Datuk Lokman Noor Adam juga berpandangan serupa iaitu surat tersebut dibocorkan oleh orang dalam MEIO sendiri, dipetik ketika beliau disoal oleh Malaysiakini sebelum ini.

Perbuatan khianat membocorkan surat tersebut menyebabkan organisasi yang berwibawa dan penuh kerahsiaan  selama ini, kini menjadi tumpuan dan bahan jenaka seluruh dunia yang wajar ditangani.

Kebocoran serius yang tidak pernah berlaku sejak sejarah penubuhan MEIO lebih 50 tahun lepas, sewajarnya disiasat oleh mereka untuk;

  • Membersihkan nama serta mengembalikan reputasi organisasi yang disegani dunia selama ini yang dijaga baik oleh setiap Ketua Pengarahnya sebelum ini
  • Mengembalikan kepercayaan perisikan dunia terhadap mereka yang kini terjejas teruk

MEIO sepatutnya menyelesaikan beberapa perkara yang masih menjadi tanda tanya iaitu;

  • Memberikan pencerahan mengenai definasi ‘khianat’ kerana MEIO sendiri perlu jelas dan faham mengenai maksud dan elemen khianat, agar pegawai MEIO sendiri faham antara ‘khianat’ dan “diplomasi serta keperluan strategik”
    • Sekiranya surat tersebut dianggap sebagai khianat kerana berhubung dengan pihak perisikan luar iaitu CIA, bagaimanakah dengan latihan yang diterima selama ini daripada badan perisikan yang sama?
    • Bagaimana pula dengan kerjasama bertukar-tukar maklumat risikan tertentu dengan badan dunia lain?
    • Adakah selepas ini tidak dibenarkan lagi menulis surat atau menyampaikan pesanan kepada mana-mana badan perisikan lain yang mungkin akan dibocorkan lagi sekiranya kerajaan bertukar?
    • Penulis surat dan yang terlibat boleh diandaikan sebagai pengkhianat sekiranya surat tersebut dihantar selepas PRU-14 untuk meminta bantuan campur tangan dari CIA namun surat tersebut dihantar ketika Barisan Nasional masih menjadi kerajaan dan Tun Mahathir masih belum menjadi Perdana Menteri
    • Tentunya tindakan Pakatan Harapan yang mendapat bantuan Insititut Republikan Antarabangsa (IRI) dan National Endowment fo Democracy (NED) sejak 2002 adalah  dirujuk sebagai pengkhianatan sebenar
  • Menjalankan siasatan dalaman yang telus untuk mencari dalang penyebar surat tersebut
    • Ini kerana ia adalah perbuatan khianat kepada negara dan MEIO itu sendiri selain laporan polis juga telah dibuat oleh penulis surat, yang sehingga kini masih belum selesai
    • Siasatan boleh dimulakan dengan pihak MEIO sendiri menyiasat siapa yang terlibat dalam penyediaan surat tersebut sehinggalah siapa bertanggungjawab menghantarnya kepada Gina Haspel, atau menyiasat;
    • Siapa dan apakah jawatan yang berkemungkinan mempunyai akses terus kepada surat tersebut selepas ia disimpan, ini kerana surat sulit seperti itu hanya boleh diakses oleh pegawai tinggi tertentu sahaja
    • Jika tidak ditemui, tentunya ada kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh disiasat
    • Melainkan pihak MEIO sendiri ingin merahsiakan siapakah dalangnya kerana ingin melindungi identiti individu atau kumpulan yang membocorkan surat tersebut, yang kini mungkin “mempunyai peranan penting” di MEIO?
  • Bertemu ketua badan perisikan lain dan meyakinkan mereka bahawa badan perisikan negara masih boleh diharapkan dan pembocor surat tersebut akan segera didakwa, untuk mendapatkan kembali keyakinan mereka terhadap MEIO
    • Jika tidak dimaklumkan MEIO bertegas dalam hal ini, agensi perisikan Malaysia tidak akan dipercayai lagi kerana jika “surat antara agensipun boleh dibocorkan, tiada jaminan maklumat lain tidak akan dibocorkan”
  • Menghapuskan anasir-anasir negatif di MEIO yang beranggapan merekalah yang menaikkan Ketua Pengarah baharu
    • Terdapat ura-ura Ketua Pengarah ketika ini dinaikkan oleh kumpulan tertentu
    • Perdana Menteri sendiri wajar khuatir maklumat sulit apakah selepas ini akan dibocorkan oleh mereka yang khianat tersebut kerana jelas mereka ini mempunyai agenda tersembunyi
  • Meminta maaf kepada pihak yang terlibat termasuklah Agensi Perisikan Arab yang dikatakan menyalurkan dana tersebut
    • Sehingga kini MEIO tidak pernah menafikan menerima duit tersebut daripada mereka dan sekiranya benar menerima tersebut, MEIO wajar memulihkan hubungan dengan mereka selaku negara Islam yang pemurah dan banyak membantu negara
  • MEIO tidak boleh menggunakan prinsip “boleh melakukan khianat untuk membongkar pengkhianatan lain (yang sebenarnya bukan khianatpun)”
    • Niat tidak menghalalkan cara dalam apa jua sekalipun
  • Kembali menjadi organisasi rahsia yang hanya melapor kepada Perdana Menteri
    • Tidak mencari tumpuan dan publisiti murahan seperti yang berlaku sekarang yang berpotensi menimbulkan pelbagai masalah di masa hadapan

Perbuatan ini sama seperti yang dikhuatiri oleh Jalil Backer iaitu mengenai seorang maling (pencuri) dalam kampung yang pertama menjerit, “Maling! maling! maling!”, sambil mengejar sesuatu. Orang kampungpun turut mengejar bayang-bayang pencuri, sedangkan pencuri sebenar berada dalam kalangan mereka”.

Mereka yang sepatutnya menjaga amanah dan kerahsiaan sebaik mungkin, namun mengambil peluang untuk melonjakkan diri dan pasukan masing-masing demi kerana rakus ingin berkuasa. Tun Mahathir wajar memastikan kerahsiaan badan perisikan negara ini sama seperti pada zaman beliau dahulu.

Sebagai rekod, kini jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan yang lebih dikenali sebagai MEIO ini diisi oleh Datuk Ahmad Shublee Othman yang sebelum ini ditukarkan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) daripada Bahagian Penyelidikan dan jawatan terakhir beliau di MKN ialah Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara 2.

Beliau dinaikkan ke jawatan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan pada bulan Julai tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam siaran di portal mereka pada 21 Ogos lalu.

Semoga beliau mampu menggalas jawatan tersebut dengan saksama dan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Berikut adalah kenyataan media peguam Datuk Hasanah berkaitan laporan polis mengenai kebocoran surat tersebut yang disiar pada 31 Julai lalu.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts