Strategi ugutan Tun Mahathir sebenarnya membayangkan beliau tidak pernah berubah, sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya.
Selain itu, dalam perkembangan terkini, parti DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH), menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti.
Menurut Pengerusinya Tan Kok Wai, tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat, selain faktor usia kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu belumpun menjangkau enam bulan.
Persoalannya, selepas Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, adakah Bersatu mampu bertahan dengan hanya 14 kerusi?
Menyedari kelemahan Bersatu inilah maka Tun Mahathir dan pasukannya terpaksa mempelawa ahli-ahli UMNO menyertai mereka secara beramai-ramai kerana tidak ingin melihat Bersatu terus terkubur selepas ketiadaannya.
Tun Mahathir sedar dari awal bahawa tidak akan ada pemimpin yang mampu menggantikan beliau walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin apatah lagi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Maka Tun amat terdesak ketika ini dengan egonya yang menggunung tinggi dan menggunakan alasan pendakwaan untuk menarik mereka menyertai Bersatu.
UMNO hanya perlu bersabar.