UNDANG-UNDANG DI BAWAH PAKATAN HARAPAN DIROBAK-RABIK

1.6k
SHARES
3.6k
VIEWS

Oleh Mohd. Puad Zarkashi

27 November 2018

Tengahari tadi Waytha buat sidang media di Kuil Sri Mariamman.

Dia akan pastikan kuil tidak akan dipindahkan dan sementara rundingan dibuat kuil juga tidak akan dirobohkan. Sedangkan wang pampasan sudah diambil.

Itu bermakna Kerajaan PH boleh ubah keputusan mahkamah.

Mahkamah di bawah PH akan menjadi tidak bebas dan tidak ada kredibiliti.

Waytha kata dia akan berunding dengan AG. Maka kita sebenarnya sudah boleh buat kesimpulan “rule of law” di bawah Tun M akan dirobak-rabik.

Kita mahu tanya PDRM. Bagaimana dengan kenyataan Waytha dan Sami Kuil Sri Mariamman yang menuduh Polis lembab secara terbuka?

Tidakkah kenyataan itu menghasut?

Beratus polis report dibuat terhadap Waytha kerana video menghasut beliau di Belanda dan ditambah dengan kenyataan terbaru beliau yang menghina polis, maka apakah polis takut untuk bertindak terhadap beliau?

Saya bertanya kepada TS Muhyiddin kenapa diam seribu bahasa?

Tolong bertindak segera terhadap mereka yang menghasut, yang mencederakan pegawai bomba, yang membakar kereta dan yang menjadi dalang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts