‘FALSE STATEMENT’ POLIS BANTU ELAK ISU PERKAUMAN, SEBALIKNYA WAYTHA…

1.1k
SHARES
3.4k
VIEWS

Ahli politik mengambil kesempatan atas isu rusuhan di Kuil Sri Mariamman

Suhu perpaduan nasional dalam negara semakin dihangatkan dengan insiden rusuhan yang tercetus di Kuil Sri Maha Mariamman yang seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu di sebalik isu ICERD yang terlebih dahulu memanaskan suasana.

Apa yang lebih memburukkan keadaan, insiden tersebut diambil kesempatan oleh ahli politik untuk melampiaskan agenda masing-masing, yang sepatutnya bersepakat membendung isu tersebut dari merebak.

Menteri Perpaduan salahkan polis

Antaranya adalah Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sendiri iaitu P. Waytha Moorthy bersama Ahli Parlimen DAP yang menyalahkan pihak polis lewat dalam mengambil tindakan dan memberikan ‘false statement‘ berkaitan insiden tersebut, kononnya pihak polis memberikan bahawa rusuhan tersebut berlaku antara dua kumpulan India dan Waytha kata itu bukannya kejadian sebenar.

Kenyataan Waytha disokong Menteri-Menteri DAP dan PKR

Kenyataan Waytha disokong oleh Ahli Parlimen DAP yang juga Menteri kabinet iaitu M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Xavier Jeyakumar serta Timbalan Menteri dari PKR, R. Sivarasa.

Selain dari itu beberapa pemimpin-pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen turut menyokong Waytha mengecam pihak polis.

Mereka bersama dalam membuat kenyataan akhbar semalam.

Waytha sewajarnya menyokong kenyataan awal polis demi membendung rusuhan

Waytha yang masih kental dengan sifat pembangkang dan pejuang satu kaum sepatutnya mula menjalankan kerja selaku Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial dengan menyokong tindakan polis yang boleh menenteramkan rakyat sebelum siasatan sepenuhnya dijalankan.

Pihak polis wajar dihormati dan diberikan peluang untuk menyiasat dengan sebaik mungkin dan bukannya dipandang sebagai cuba menutup isu kononnya dengan memberi ‘false statement’.

Bagaimana dengan ‘false statement‘ oleh EXCO DAP, Ganabatirau?

ADUN Kota Kemuning, Ganabatirau Veraman dalam siaran di laman Facebook-nya semalam memberikan gambaran kononnya “sekumpulan Muslim” yang merusuh dan mewujudkan ketegangan kaum, yang diedit sebagai ‘sekumpulan gangster‘ kemudiannya namun boleh dilihat melalui ‘sejarah suntingan’, selagi siaran tersebut tidak dipadamkan sepenuhnya.

Waytha wajar dipecat kerana menyemarakkan api perkauman

Malah Waytha juga wajar dipecat selaku Menteri oleh Perdana Menteri kerana gagal mengekang dan membendung isu ini dari awal yang bermula sebagai pertikaian antara dua kumpulan yang terlibat dalam pengurusan kuil dalam isu pemindahan kuil tersebut yang telahpun disediakan tempat dan pampasan sewajarnya.

Beliau sepatutnya menasihatkan dua kumpulan tersebut mematuhi arahan mahkamah dan bukannya menjadi penyemarak api perkauman apabila menyalah-tafsirkan ‘false statement‘ pihak polis.

Waytha mengkhianati amanah menjaga perpaduan nasional

Waytha juga wajar dipanggil oleh pihak polis untuk diambil kenyataannya kerana individu yang diberi amanah sebagai Menteri Perpaduan sendiri cuba mewujudkan perpecahan dalam kalangan kaum dengan kenyataan yang menyanggah kenyataan pihak polis.

Waytha patut berterima kasih kepada pihak polis

Jika ‘false statement’ pihak polis ini berjaya mengelakkan tercetusnya rusuhan perkauman, bukankah ini jauh lebih baik dan cerdik dari Menteri Perpaduan Nasional itu sendiri?

Malah Waytha wajar berterima kasih kepada pihak polis kerana ketegangan pada awal pagi semalam berjaya dikawal oleh pihak polis yang masih menyiasat perkara tersebut sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

CUKUP-CUKUPLAH MEMBAWA POLITIK PERKAUMAN DAN PERPECAHAN, WAHAI MENTERI PERPADUAN!

Bersabarlah Waytha, cari jalan menyelesaikan rusuhan dan bukannya mencari pesalah  rusuhan yang diutamakan.

Apa yang rakyat Malaysia mahukan dari Waytha?

Biarkan pihak polis menjalankan tugasnya menyiasat dan menjaga keamanan manakala anda elakkan diri anda dari menjadi ejen perpecahan kaum, ini sudah cukup memadai bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts