TIDAK BERBALOI HENDAK BERGADUH ANTARA KAUM DI KUIL USJ

970
SHARES
4.3k
VIEWS

TIDAK BERBALOI HENDAK BERGADUH ANTARA KAUM DI KUIL USJ

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

20 November 2018

1. Kerana Mahkamah sudah membuat keputusan melalui satu Penghakiman Persetujuan dan ada terma-terma dipersetujui oleh kedua-dua pihak seperti bayaran pampasan, tapak kuil gantian diberikan termasuk kos pembinaan semula kuil ditanggung pemaju.

2. Saya tiada salinan Penghakiman Persetujuan di atas. Tetapi itu yang saya baca dari dapatan ‘Rakyat Hakim Negara’ sekalian dan maafkan saya jika pemahaman saya berkaitan kandungan Penghakiman Persetujuan berkenaan telah terkhilaf.

3. Jadi ini hanyalah isu penguatkuasaan Perintah Mahkamah oleh kedua-dua pihak iaitu antara pemaju dengan Jawatankuasa Kuil. Itu sahaja.

4. Menteri-menteri yang membela sangat kuil ini adalah asalnya Peguam. Mereka tahu kewajipan mentaati Perintah Mahkamah.

5. Tetapi saya tidak pelik mengapa mereka tiba-tiba menghasut pihak kuil untuk enggan patuh kepada perintah mahkamah kerana mereka tahu mereka sudah menjadi kerajaan dan Peguam Negarapun dari kalangan mereka walaupun berbeza agama.

6. Jadi mereka yakin dengan kuasa yang mereka ada sekarang, mereka telah berada di atas undang-undang dan Peguam Negarapun tidak akan mendakwa mereka atas apa-apa jenayah yang mereka lakukan.

7. Ini namanya ANGKUH dan kita dapat perhatikan puak-puak ini tidak mengikut Rule Of Law seperti yang ‘disalakkan’ oleh mereka ketika mula-mula memegang kuasa 200 hari lalu.

8. Maki-maki, kutuk-kutuk antara bangsa dan agama ini biasalah. Ia satu aktiviti harian kita semua, bukan semata-mata sebab kuil USJ ini.

9. Tetapi tidak berbaloi untuk kita turun beramai-ramai menghangatkan suasana. Ia boleh mengundang masalah undang-undang lain pula, kita pula nanti yang berisiko didakwa kerana banyak sudut kesalahan yang berkaitan sedangkan kuil ini tiada kaitan dengan orang Melayupun.

10. Ya kita marah mereka maki kita. Mereka cederakan anak bangsa kita. Tetapi kita serahkan kepada pihak polis untuk menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat.

11. Peguambela mereka juga bukan calang-calang. Kita tunjuk kita orang Melayu yang mematuhi undang-undang.

12. USJ bukan gelanggang kita berhimpun. Gelanggang kita adalah di Dataran Merdeka 8 Disember 2018 nanti.

13. Turun beramai-ramai di gelanggang kita. Jika ada yang hendak buat kacau masa perhimpunan itu nanti, kita bantu polis untuk kenal pasti dan tangkap pengacau ini.

14. Kerajaan PH sedang menyesal sekarang mereka tidak mahu guna Akta Hasutan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Walhal kedua-dua akta inilah yang boleh menghalang kejadian menjadi semakin parah.

15. Biarkan mereka terus dalam kebodohan menyuruh penoreh getah menoreh ketika musim tengkujuh. Biarkan mereka terus merakam bawah skirt amoi.

Dah itu je level pemikiran mereka.

What more should we expect?

Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts