LIM GUAN ENG, JANGAN SESATKAN MALAYSIA

1.2k
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 Januari 2019

Semoga Felda Sg. Koyan akan menjadi badi kepada PH. Di situlah Lim Guan Eng mempamerkan ‘kedunguan’ beliau sebagai Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah Malaysia.

Di situlah juga Chef Wan keluar kenyataan untuk tampar DS Najib ketika membantu kempen PH.

Guan Eng nampak dungu kerana orang kampung tanya lain dia jawab lain. Bayangkan Menteri Kewangan Malaysia Baru bercakap semberono. Typical Guan Eng.

Peneroka Felda Sg. Koyan komplen mereka belum terima bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar berdasarkan jualan kelapa sawit.

Lim Guan Eng terus membidas Felda kenapa lambat bayar sedangkan peruntukan RM77 juta sudah diluluskan.

Terpaksalah Felda menjawab kedunguan Guan Eng.

Felda menjelaskan, peruntukan RM77 juta itu adalah untuk bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil (BSPH), bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada seramai 120 Warisan peneroka.

Semua itu selesai dibayar pada 14 Januari 2019.

Sedangkan peneroka Felda Sg. Koyan bertanya mengenai bayaran hasil (gaji) yang dibayar berdasarkan jualan kelapa sawit. Peneroka Sg Koyan seramai 851 itu tidak bertanya pasal BSPH.

Mereka pun tidak terlibat dengan program BSPH.

Kesemua ini berpunca kerana jiwa orang kampung dan luar bandar tidak ada pada Lim Guan Eng. Isu Felda tidak masuk dalam kepala beliau. Dia tidak terdidik dengan isu-isu desa dan pedalaman.

Perjuangan beliau tertumpu kepada SJKC, SMPC dan UEC.

Guan Eng, “bertanyalah kepada mereka yang tahu. Malu bertanya sesat jalan. Kamu sesat tak apa, jangan Malaysia yang sesat”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts