BELA KOMUNITI FELDA, PERDANA MENTERI MANSUH 80 PERATUS HUTANG RM8.3 BILION

79
SHARES
255
VIEWS

1. Dalam tempoh 7 bulan memegang tampuk kepimpinan negara, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menyelesaikan pemansuhan hutang oleh FELDA yang dimohon sejak tahun 2019 lagi.

2. Bagi tujuan membangun dan memulihkan semula kedudukan kewangan FELDA, beliau telah membuat keputusan besar dengan menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjamannya melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan.

3. Penstrukturan semula pinjaman ini sebahagian besarnya akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang FELDA bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion. Ia juga akan mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan FELDA memberi pemansuhan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion (80 peratus) yang dilaksanakan pada tahun 2021.

4. Tatakelola penyaluran dana kepada FELDA turut ditambah baik dengan pelantikan Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun bagi memastikan pelan transformasi FELDA berada di landasan yang tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti.

5. YAB Perdana Menteri menyatakan, “Jaminan Kerajaan ini dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan FELDA serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya ia terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu FELDA.

6. Keputusan ini secara langsung memanfaatkan 112 ribu peneroka serta dapat membantu usaha menaik taraf kehidupan lebih 2 juta komuniti FELDA. Apa yang lebih utama, kini FELDA mempunyai aliran tunai yang kukuh tanpa dibayangi pelbagai hutang. Ini membolehkan FELDA memberi fokus kepada usaha transformasi ke arah masa depan yang lebih baik.

7. YAB Perdana Menteri telah menunjukkan komitmen tinggi beliau untuk membangun dan memulihkan FELDA, kini masanya untuk pengurusan FELDA dan warganya melaksanakan gerak kerja bagi meletakkan FELDA kembali ke landasan yang betul dan berdaya saing.

8. Ayuh warga FELDA, kita bersama kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk merealisasikannya.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts