YAB PERDANA MENTERI LANCAR BUKU ADAB PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM

83
SHARES
267
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program Bicara MADANI dalam Perbezaan Pendapat serta turut melancarkan buku “Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam” tulisan Almarhum Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. 

Menurut YAB Perdana Menteri, Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani merupakan seorang guru dan sahabat baik, juga seorang ulama yang berasal dari Iraq dan melanjutkan pengajian di Mesir.

Program Bicara MADANI dalam Perbezaan Pendapat ini telah melibatkan dua tokoh iaitu YBhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr Luqman Bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Bin Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang telah menyentuh perihal adab perbezaan pendapat dalam pengukuhan perpaduan nasional.

Saya menegaskan bahawa isu perbezaan pandangan ini perlu didasari dengan adab. Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas ada menyentuh mengenai makna ‘adab’ di mana kehilangan adab merupakan punca kegalauan dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.” 

Sehubungan itu, adab atau etika dalam perbezaan pandangan penting dalam memastikan umat terus bergerak ke hadapan.

Selain itu, Sheikh Taha pernah mengingatkan kepentingan untuk terbuka dari merujuk pelbagai sumber baharu dan pada masa yang sama mengambilkira kepentingan karya lama seperti kitab turath al-Islami.

YAB Perdana Menteri juga ingin mencadangkan agar karya Hassan Hudaibi, ‘Duat la Quda’, Pendakwah bukan Qadi (Penghukum) agar wacana dalam dakwah dapat dikembangkan agar bermanfaat untuk umat Islam khususnya di Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts