KUNJUNGAN HORMAT G70 BERTEMU YAB PERDANA MENTERI, BERI SARANAN BANTU KERAJAAN

471
SHARES
1.5k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Pertubuhan Profesor G70 yang diketuai Penasihatnya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar di Putrajaya.

YAB Perdana Menteri mendengar dan meneliti hasrat serta saranan G70 untuk membantu dan memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia MADANI.

Beliau menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia, di pelbagai latar umur dan taraf kehidupan.

In sha Allah syor dan saranan daripada G70 akan diperhalusi dan diterjemahkan kepada tindakan bagi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara.” 

Teruskan usaha kita berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama. Inilah maksud yang tersirat di dalam erti MADANI.”

Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri yang komited menjayakan Malaysia MADANI di negara ini diharapkan dapat meneruskan usaha baiknya membantu rakyat tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang berusaha gigih untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Allah Taala melindungi kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, yang telah mengamanahkannya kepada YAB Perdana Menteri agar berkhidmat sebaik-baiknya kepada rakyat dan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts