MENTERI DALAM NEGERI BERTEMU WAKIL SUHAKAM, MUDA BINCANG PINDAAN KEWARGANEGARAAN

334
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution mengadakan beberapa pertemuan hari ini bersama wakil masyarakat sivil dan juga wakil parti.

Antaranya ialah Dr Farah Nini Dusuki selaku Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Maria Chin serta rakan dari Parti MUDA, Cikgu Rahayu, saudara Wong dan Fayyadh Jaafar.

Perbincangan bersama tetamu-tetamunya itu pagi tadi adalah melibatkan pindaan kewarganegaraan. Beliau dan para pegawainya mendengar pandangan serta sudut pandang tetamu yang hadir dan pihak KDN juga menyampaikan hujah masing-masing. 

Sesi antara YB Menteri ini telah dilakukan secara berkala dengan pelbagai segmen pemegang taruh untuk KDN mendapatkan segenap pandangan dan input yang boleh dipadankan dalam pindaan Perlembagaan terkait hal kewarganegaraan. 

Beliau juga menghargai setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan, di mana sesi ‘engagement‘ sebegini akan diteruskan dari masa ke masa.

YB Menteri turut memberi jaminan bahawa usaha pindaan Perlembagaan ini akan dilakukan dengan cermat dan teliti tanpa sedikitpun bertolak ansur terhadap aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts