JPN KOMITED BANTERAS AMALAN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

335
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merujuk kepada beberapa laporan akhbar pada 3 dan 4 Julai 2023 (Isnin dan Selasa) berkaitan JPN disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Jabatan ini mengambil serius terhadap perkara tersebut. Adalah menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan ini.

JPN kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

JPN juga ingin mengingatkan orang ramai, tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN. Jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran. Maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan.

Zamri Misman

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara

4 Julai 2023

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts