SSM UMUM INISIATIF TAMBAHAN PENGURANGAN KOMPAUN

339
SHARES
2k
VIEWS

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan inisiatif tambahan pengurangan kompaun bagi menyokong fasa pemulihan perniagaan dan korporat, semalam.

Pengumuman tersebut berkuat kuasa mulai 3 Julai hingga 31 Disember 2023 depan dan bakal memanfaatkan 16,765 Perkongsian Liabiliti Terhad.

SSM dalam satu kenyataan semalam berkata inisiatif pengurangan kompaun di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal bagi Seksyen 68(2) dan Seksyen 68(3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah ditawarkan kompaun dan telah patuh.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang terlibat diminta menghubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my untuk maklumat lanjut. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts