MENTERI MENANGIS, DALAM HATI SIAPALAH YANG TAHU…

278
SHARES
898
VIEWS

Menangis kesedihan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub apabila membaca surat surat seorang pakcik bernama Wak Ibas bin Hamud di atas pentas, di Dewan MAEPS.

Sedih betul hatinya apabila mendapat tahu pakcik tersebut datang dari jauh menaiki motorsikal semata-mata untuk menyerahkan surat tersebut untuk dibaca oleh beliau.

Tambah menyedihkan hatinya apabila membaca surat rintihan hati mewakili petani, pesawah, peneroka, nelayan dan orang kampung yang tidak berpuas hati dengan beliau selaku Menteri yang sepatutnya membela mereka.

Sebaliknya, Wak Ibas pula tentunya berpuas hati apabila dapat meluahkan isi hatinya dan rakan-rakan walaupun keletihan kerana datang sejauh 140 kilometer dan menempuh 2-3 jam perjalanan dari Sungai Besar.

Wak Ibas ke sana mewakili golongan petani, pesawah, nelayan dan orang kampung yang telah disekat pelbagai bantuan termasuk subsidi baja dan elaun sara hidup sejak Pakatan Harapan memerintah.

Antara intipati surat beliau ialah;

Bila YB jadi Menteri, YB potong subsidi baja kami. YB tahu tak kami ini susah?

YB sebagai Menteri Pertanian sepatutnya jaga kebajikan kami. Ini tidak, elaun sara hidup nelayanpun YB potong.

Sudahlah mereka ini tertindas. Bersabung nyawa tengah laut, tapi terpaksa jual murah.

Sedangkan dekat pasar harga ikan bukan main mahal. YB nampak tak semua ini?

YB, itu baru cerita padi dan ikan.

Untuk pengetahuan YB, petani lainpun ramai kecewa. Baik yang buat sawit, getah, semua gelisah harga jatuh.

Yang buat cili, yang buat kambing semua pening hasil tak laku. Sebab cili Vietnam dan daging import terlampau murah.

Kalau terus macam ini YB, baik YB tukar saja slogan “Pertanian suatu Perniagaan”, tukar jadi “Kita import sahaja hasil pertanian”.

Biar semua tahu, tiada untung buat pertanian.

Cuma agak kelakar sedikit apabila tiap kali Salahuddin menyeka air matanya, penonton tepuk bersorak kerana kononnya Menteri prihatin dengan nasib rakyat.

Juga menambah dramatik apabila latar belakang pentas disediakan video montaj dan muzik sedih ketika Salahuddin membaca surat tersebut.

Cuma persoalan yang timbul, adakah Salahuddin menangis kerana bersedih dengan nasib petani, pesawah, nelayan, peneroka dan orang kampung?

Ataupun beliau menangis kerana tersalah membaca surat yang menjebak dirinya sendiri?

https://www.youtube.com/watch?v=9ptgYvt_Gos

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts