PRK DUN SEMENYIH, ANTARA CALON BN DENGAN CALON PH

633
SHARES
2k
VIEWS

Semalam kedua-dua parti telah memperkenalkan calon-calon mereka untuk PRK Semenyih. Hari Penamaan Calon 16 Februari 2019. Tempoh berkempen 14 hari. Mengundi awal pada 26 Februari. Hari mengundi pada 2 Mac.

Pakatan Harapan mengemukakan calon, SAUDARA MUHAMMAD AIMAN BIN ZAINALI, berumur 30 tahun. Bendahari Parti PPBM Hulu Langat. Seorang jurutera. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada UiTM Shah Alam.

Muhammad Aiman adalah merupakan anak menantu, kepada Allahyarham Bakhtiar bin Mohd. Nor, ADUN Semenyih sebelum ini.

Manakala, Barisan Nasional (UMNO) mengemukakan calon, SAUDARA ZAKARIA BIN HJ. HANAFI, berumur 58 tahun. Pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Langat, Pengerusi Tetap dan Ketua UMNO Cawangan. Bekas Penolong Pegawai Tadbir di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 11 tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM Bangi.

Zakaria seorang Ahli Lembaga Pengarah KOPEL Hulu Langat dan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dengan menjawat jawatan Setiausaha Surau Al-Falah, Semenyih.

Penglibatan Zakaria dengan surau dan masjid di Semenyih, menyebabkan beliau amat dikenali oleh penduduk tempatan.

Zakaria yang merupakan anak tempatan Semenyih, sering menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan, menyebabkan beliau amat dihormati oleh kawan dan lawan.

Zakaria juga amat dikenali di Beranang dan Semenyih sebagai seorang yang berjaya mendidik ketiga-tiga anaknya. Anak yang sulong, Dr. Muhammad Faiq, seorang doktor perubatan, lulusan dari Moscow, Rusia.

Anak kedua, Dr. Nur Zafira seorang doktor lulusan daripada Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Manakala, anak ketiga, Muhammad Fairuz, merupakan pelajar tahun akhir di University College Dublin, Ireland, di dalam bidang perubatan.

Kejayaan ketiga-tiga anak Zakaria ini merupakan kebanggaan orang-orang Melayu di Beranang dan Semenyih.

Kejayaan anak-anak Zakaria ini, membuktikan Zakaria telah berjaya memimpin dan mendidik anak-anaknya di dalam bidang pendidikan dan kerjaya.

Kejayaan seseorang itu, antara lain dinilai dari kejayaan memimpin keluarganya.

In sya Allah, ini adalah merupakan nilai-nilai kepimpinan yang baik, yang seharusnya menjadi contoh.

PEMBANGKANG TERBAIK.

Di Negeri Selangor, Pakatan Harapan kini mempunyai 50 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu;

PKR = 21 kerusi.

DAP = 16 kerusi.

PAN = 8 kerusi.

PBBM = 5 kerusi.

BN ada = 4 kerusi.

PAS ada = 1 kerusi.

Kosong = 1 kerusi (Semenyih).

Keputusan PRK Semenyih tidak akan mengubah status Kerajaan Negeri Selangor PH yang dipimpin oleh Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari.

Apabila Aiman (Calon PH) ditemuramah semalam, beliau berkata, “Dia boleh mewakili Suara Orang Muda di Dewan Undangan Negeri Selangor. “

Bukannya kita tidak mahu Suara Orang Muda di DUN Selangor tetapi Suara Orang Muda sudah ada kedengaran melalui Aminudin Shari, Menteri Besar Selangor yang berumur 38 tahun.

SUARA PEMBANGKANG.

Apa yang diperlukan oleh rakyat Semenyih dan Selangor untuk masa ini, ialah Suara Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, agar keluh-kesah dan nasib serta kepentingan orang-orang Melayu Islam kedengaran di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Orang-orang Melayu Islam tidak lagi boleh membiarkan gabungan Parti PH termasuk Parti DAP, memperlekehkan umat Islam dan orang-orang Melayu di Negeri Selangor dan di negara ini.

Rakyat Semenyih dan Selangor, perlu memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan di Shah Alam dan kerajaan di Putrajaya bahawa kebangkitan orang Melayu Islam sudah sampai hampir di kemuncaknya.

Sudah-sudahlah dengan pembohongan dan alasan-alasan yang diberi.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang boleh membela nasib rakyat.

Nasib orang-orang Melayu.

Nasib orang-orang Islam.

Salam hormat,

ANAK WATAN SEMENYIH

15 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts