ANTARA TONY PUA, DAP DAN KELAB JIWA LUKA

398
SHARES
2.3k
VIEWS

Jika Tony Pua tidak setuju Ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk ke parti Bersatu, tentunya Lim Guan Eng juga tidak bersetuju.

Namun Guan Eng menggunakan Tony kerana beliau Menteri dan tentunya ‘tidak manis’ jika berkata secara terbuka begitu kepada Perdana Menteri.

Jika Lim Guan Eng tidak bersetuju, tentu bapanya Lim Kit Siang juga tidak bersetuju.

Jika Lim Kit Siang tidak bersetuju, tentu seluruh DAP juga turut tidak bersetuju dengan ‘katak-katak’ yang melompat masuk ke Bersatu ini kerana mencari kolam baru yang tenang.

Namun apa yang jelas, Tony kecewa dengan Tun Mahathir apabila beliau menerima Ahli Parlimen UMNO ini kerana Tun Mahathir pernah berjanji sebelum PRU-14 bahawa “beliau tidak akan menerima katak-katak UMNO”.

Tony kecewa kerana beliau mendengarnya sendiri daripada Tun Mahathir dan beliau percaya apa yang dicakapkan olehnya ketika itu.

Beliau turut berkata rakyat telah mengundi untuk menolak UMNO namun tindakan Tun Mahathir ini seumpama mengkhianati keputusan rakyat.

Beliau juga mempertikaikan adakah Bersatu telah menyaring 7 Ahli Parlimen ini terlebih dahulu sebelum menerima mereka secara berkumpulan sebegini.

Tony juga menyuarakan kebimbangan dengan berkata, “Adakah kita sedang menyaksikan sebenarnya UMNO yang mengambil alih Bersatu?”

Ditambah dengan kata-kata Tun sebelum ini, “Jika DAP, PKR dan AMANAH menjadi pengkhianat dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar ke parti lain”.

Ya, tentunya kebimbangan dan kekecewaan Tony Pua dan DAP itu berasas.

Baru mereka tahu bagaimana perasaan rakyat yang mengundi Pakatan Harapan selama ini kecewa dengan Tun Mahathir dan juga DAP sendiri yang memang jelas tidak boleh dipercayai dan berkali-kali menipu.

Tiada beza antara Tony Pua, DAP dan Tun Mahathir.

Buat yang kecewa, “Selamat datang ke Kelab Jiwa Luka”.

Related image

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts