ANGGAP BETA SEBAGAI ‘DUTA PAKISTAN’ – MOHAMMED BIN SALMAN

105
SHARES
338
VIEWS

Putera Mahkota Mohammed bin Salman memberitahu Perdana Menteri Pakistan Imran Khan untuk menganggapnya sebagai “Duta Pakistan” di Arab Saudi ketika kedua negara menandatangani memorandum persefahaman utama (MoU) bernilai US$20 bilion dalam bidang tenaga, petrokimia, mineral, pertanian dan pemprosesan makanan.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Pakistan dan Saudi pada Ahad lepas dengan disaksikan oleh Putera Mahkota dan Imran.

Selain itu Imran juga memohon secara peribadi kepada Putera Mahkota untuk membolehkan jemaah haji menjalani prosedur imigresen di Pakistan serta beliau ingin melihat keadaan pekerja Pakistan, termasuk yang menjadi tahanan di Arab Saudi.

Putera Mahkota memberi jaminan bahawa kerajaannya akan melakukan “apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memenuhi hasrat Islamabad”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts