Arab Saudi dan Pakistan menandatangani memorandum persefahaman utama (MoU) bernilai US$20 bilion pada Ahad lepas dalam bidang tenaga, petrokimia, mineral, pertanian dan pemprosesan makanan.
MoU tersebut ditandatangani oleh Menteri Pakistan dan Arab Saudi dengan kehadiran Putera Mahkota dan Imran.
Menerusi lawatan ke Islamabad ini, satu majlis dibentuk bagi membuat keputusan pantas dalam bidang utama dan untuk memantau pelaksanaannya secara lebih dekat,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
“Di bawah Majlis Penyelarasan Tertinggi, Jawatankuasa Pemandu dan Kumpulan Kerja Bersama telah ditubuhkan di peringkat Menteri dan Pegawai Kanan, untuk membangunkan kerangka kerjasama dalam projek-projek berkaitan dan mengemukakan cadangan kepada pihak masing-masing.” – Pejabat Perdana Menteri Pakistan
Tahun lepas, Arab Saudi menawarkan Pakistan US$3 bilion sokongan mata wang asing untuk setahun, dan pinjaman selanjutnya bernilai sehingga US$3 bilion dalam pembayaran tertunda untuk import minyak bagi membantu mencegah krisis akaun semasa.
Selain itu, ia turut melibatkan projek-projek tenaga dan infrastruktur Ekonomi Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) bernilai US$60 bilion yang menjadi kunci utama dalam Belt and Road Initiative yang juga dikenali sebagai One Belt One Road, yang menghubungkan China dengan Asia dan Eropah.
Pejabat Luar Pakistan sebelum ini turut mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota Arab Saudi tersebut di atas kemurahan hati Baginda mengurangkan bayaran visa Saudi atas permintaan Imran.
Putera Mahkota Arab Saudi memulakan lawatan ke belah Asia yang julung-julung kali dilakukan dan selepas Islamabad, Baginda akan terus ke India dan China.
Sumber berita rasmi Arab Saudi di Arab News turut tidak menyebut lawatan ke Malaysia dan Indonesia dalam siri lawatan Baginda ke Asia, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Penangguhan tersebut disahkan oleh Kementerian Luar Malaysia tanpa menyebut sebarang alasan yang diberikan.