PPBM KE SABAH, PENDEDAHAN SALAH LAKU HAKIM: SUATU ‘KEBETULAN’ YANG DIRANCANG

178
SHARES
572
VIEWS

1. Franklin D Roosevelt telah lama menyebut tiada yang ‘kebetulan’ di dalam politik. “Jika itu berlaku, anda boleh bertaruh mengenainya”, ujarnya lagi. Master Hoogway di dalam filem Kung Fu Panda juga menyebut perkara yang sama dalam konteks yang lebih luas. “There is no coincidence in life“, ucapnya dalam filem tersebut. Begitu juga di Malaysia, pelbagai perkara berlaku di arena politik tanahair di bawah kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir mutakhir ini.

2. Mahathir memberi amaran akan bertukar parti jika ada komponen PH yang belot (dari beliau). Enam orang bekas Ahli Parlimen UMNO diterima masuk ke dalam PPBM. PKR dan DAP membantah kemasukan ini. Mahathir juga mengumumkan PPBM akan masuk ke Sabah. PKR Sabah melahirkan rasa terkejut dengan tindakan PPBM. Presiden WARISAN pula malu-malu untuk bersuara mengulas kemasukan PPBM ke Sabah. Kemudian keluar khabar angin dua orang menteri dari PKR menyertai PPBM. Ini dinafikan oleh PKR kemudiannya. DS Anwar Ibrahim pula hanya memikirkan mahu menjadi Perdana Menteri. Terbaru dalam wawancara, beliau menegaskan akan menjadi Perdana Menteri dalam masa dua tahun.

3. Tidak cukup dengan itu, muncul pula pendedahan kes salah laku hakim yang rasuah oleh YA Hakim Hamid Sultan. Nik Nazmi dari PKR telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan tentunya mengharap akan ada tindakan lanjut berkaitan aduannya. Mahathir pula secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan PAS tidak akan menyokong UMNO/BN di PRK Semenyih. PAS bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan menyokong Mahathir dalam bab kepentingan ummah dan Islam serta mendukung konsep ‘federalisme’ demi pembangunan negara.

4. Semua yang berlaku ini bukan secara kebetulan. Ia seperti perancangan dari dari dua kumpulan politik yang berebut jawatan demi kelangsungan politik masing-masing. Ia adalah manifestasi dendam lantaran gabungan rapuh yang terbentuk demi agenda politik peribadi. Saya pernah menulis apabila Mahathir membuat keputusan mahu segera masuk ke Sabah, ia membawa maksud Mahathir mahukan bilangan yang cukup di Parlimen tanpa tercicir satu kerusipun. Mahathir juga mahukan kepastian dari PAS untuk menyokong beliau jika terjadi ‘sesuatu’ di Parlimen. Pendirian PAS jelas menyokong Mahathir sekiranya ‘sesuatu’ terjadi di Parlimen.

5. Mahathir tahu serangan ke atas beliau kini dilakukan secara terbuka. Bukan dari BN, tetapi dari PH sendiri! PKR dan DAP silih berganti menghentam Mahathir. Ambiga pula dengan berani mengatakan PPBM adalah UMNO 2.0 dan PPBM adalah parti Mahathir. Serangan yang lebih besar lagi adalah pendedahan salah laku hakim oleh YA Hakim Hamid Sultan semasa pemerintahan terdahulu. Ianya ditujukan kepada Mahathir. Ibarat pepatah membunuh dua ekor burung dengan seketul batu. Serangan nyata adalah kepada Najib tapi serangan halus yang sebenar adalah kepada Mahathir. Ini bagi membunuh ‘karektor’ Mahathir yang dilihat semakin merosot kerana cakap tidak serupa bikin.

6. Anwar Ibrahim pula mengatakan akan menjadi PM dalam masa dua tahun. Apakah ini kata dua Anwar kepada Mahathir? Berundur dengan sukarela atau banyak lagi skandal bakal didedahkan? Anwar dilihat masih ‘main selamat’ dalam setiap langkahnya dengan Mahathir. Kata-katanya masih lagi berlapik walaupun tidak senang dengan tindakan Mahathir membawa PPBM ke Sabah. PPBM bakal menjadi saingan kepada PKR di Sabah, bukan WARISAN. Kemasukan PPBM ke Sabah boleh ‘membunuh’ PKR yang lebih dahulu bertapak di Sabah. Sebagai parti ‘malaya’, PPBM dan PKR akan saling berebut pengaruh yang menyaksikan Shafie Afdal mungkin berpihak kepada PPBM ketika ini.

7. Sebagai ahli politik berpengalaman, Mahathir boleh menghidu gerakan bagi menjatuhkannya. Mengenali Mahathir, beliau tentunya lebih dari bersedia berhadapan cabaran kali ini. Tidak mudah untuk mengunci pergerakan politik Mahathir.

Sekali lagi, mari kita sediakan ‘popcorn‘ bagi menonton drama yang belum nampak akan tamat ini….

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts