SALAH TADBIR NEGARA, JEMAAH HAJI MENJADI MANGSA

487
SHARES
2.6k
VIEWS

Satu persatu bantuan dan subsidi rakyat ditarik balik dan yang terkini subsidi untuk menunaikan Rukun Islam kelima pula menjadi mangsa.

Ini disebabkan oleh dua punca utama iaitu “kegagalan memulihkan ekonomi” dan “kegagalan menguruskan kewangan negara” yang berada dalam keadaan baik sebelum PRU-14 yang lepas, namun  berubah selepas Pakatan Harapan mengambil alih.

Sehingga terpaksa mewujudkan pelbagai jawatan, lantikan dan majlis khas untuk menangani isu ekonomi, namun masih terkial-kial dan tidak mendapat rentak untuk mentadbir negara dengan berkesan.

Dalam keadaan institusi pendidikan Cina, malah kaum Cina sendiri berterusan diperkasa dan diberikan bantuan beratus juta oleh Kementerian Pendidikan melalui Kementerian Kewangan, ironinya Tabung Haji pula menghentikan bantuan terhadap jemaah haji mereka.

Sedangkan kaum Cina berusaha menambah pelbagai bantuan termasuk bantuan yang baru diwujudkan terhadap kaum mereka apabila diberi amanah menjadi Menteri.

Namun perkara sebaliknya berlaku apabila Tabung Haji yang sepatutnya menjaga amanah dan kebajikan umat Islam, kini bertindak menghentikan bantuan yang sedia wujud sejak sekian lama.

Persoalannya, kenapakah subsidi dan bantuan terhadap rakyat terutamanya umat Islam yang beriya untuk ditarik balik, siapakah di belakang segala usaha ini?

Perubahan yang berkuatkuasa serta merta ini tidak adil buat mereka yang menjadi pengiring ahli keluarga yang tua ataupun uzur serta membuat rayuan sama ada kerana menjadi mahram ataupun ingin pergi bersama ahli keluarga yang lain termasuk faktor umur.

Apatah lagi ingin mencari duit tambahan sebanyak hampir 13,000 ribu ringgit dalam masa hanya beberapa bulan apabila bermula musim Haji kelak pada Julai ini, dari RM9,980 meningkat kepada RM22,920.

Tabung Haji memaklumkan bahawa mereka menerapkan;

“Konsep ‘Istito’ah’ (berkemampuan) dalam pelaksanaan Haji.”

“Jemaah Haji menunaikan ibadat haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji.”

Konsep ini sepatutnya memudahkan dan bukan menyulitkan bagi mereka yang ingin merayu untuk menemankan mahram ataupun ingin menjadi pengiring bagi ahli keluarga yang tua dan uzur, apatah lagi ini adalah amalan sejak sekian lama.

Perkara ini jauh melangkau isu politik dan diharapkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama, mampu berbuat sesuatu demi untuk  melindungi kepentingan umat Islam di negara ini yang semakin ditekan dan disusahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Rakyat semakin mual dengan cara kerajaan memerintah yang bukannya semakin memperbaiki kehidupan rakyat yang ‘tersiksa’ di bawah Barisan Nasional, tetapi Pakatan Harapan sendiri hari ini menyusahkan dan menyiksa rakyat.

Kita tunggu siapa selepas ini yang akan mengeluarkan kenyataan kurang cerdik bahawa perkara menarik subsidi Haji untuk perayu dan pengiring ini sebagai menepati Maqasid Syariah, demi untuk mempertahan tindakan Tabung Haji.

Atau mungkin sudah sampai giliran Mujahid pula untuk menangis di atas pentas selepas ini?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts