ANWAR PATUT DILANTIK MENGETUAI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari penjara dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad diharapkan mampu menegur kerajaan ketika ini sebelum beliau sendiri menjadi Perdana Menteri dalam masa dua tahun kelak.

Ini kerana sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus melantik beberapa kenalan rapatnya iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Tan Sri Robert Kuok dan Prof. Jomo Kwame Sundaram bagi menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan mengikut bidang masing-masing.

Tanpa menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan Datuk Seri Anwar tidak mempunyai kapasiti bagi menegur kerajaan secara terus dan apabila ia dilaksanakan melalui media, rakyat akan melihat ia sebagai percanggahan pendapat dan ini memberi kesan yang sangat tidak baik ketika kerajaan Pakatan Harapan masih bertungkus lumus membentuk kerajaan yang masih belum selesai melantik keseluruhan Menteri Kabinet.

Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berkata, tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan, maka sebarang keputusan yang diambil hanya boleh dikritik namun tidak akan memberi kesan apa-apa kerana diputuskan oleh kabinet.

Justeru adalah diharapkan Datuk Seri Anwar dapat dilantik sebagai Ketua Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengetuai Majlis Penasihat yang hanya terdiri dari kalangan rakan-rakan terdekat PM sahaja. Anwar diharapkan dapat mengimbangi perkara ini termasuk menasihati dalam beberapa perkara seperti penangguhan HSR, pelaksanaan semula ECRL, isu air Singapura, tuntutan Pulau Batu Putih, isu penggunaan Bahasa Mandarin oleh Lim Guan Eng dan Bahasa Tamil oleh M. Kulasegaran serta lain-lain yang tentunya memerlukan seorang yang hebat dan pernah menerajui kerajaan seperti beliau.

Gandingan Mahathir-Anwar ini dijangka akan lebih dinamik dan bergaya sekiranya dilaksanakan dalam waktu yang terdekat dan dijangka mampu mencipta momentum seperti suatu ketika dahulu semasa Datuk Seri Anwar masih Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 1998.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts