Oleh Anuar Shaari
1. PRK Semenyih semakin menghampiri hari besar hujung minggu ini. Calon dari parti yang diramal bersaing adalah dari PPBM-PH dan BN-UMNO. Manakala dua calon masing-masing dari PSM dan bebas diramal kurang memberi saingan berdasarkan keadaan semasa. Sebagai parti yang mempertahankan kerusi DUN Semenyih, nampak jelas PPBM-PH agak tertekan dalam PRK kali ini.
2. Calon PPBM-PH yang ditampilkan kurang menyerlah biarpun dalam biodata awal dikatakan sedang menyambung pelajaran ke peringkat PhD di UITM. Namun pembohongan calon PPBM-PH ini terbongkar apabila beliau mengakui telah memperolehi PhD pada tahun 2012 hingga 2016 di dalam biodata Linkedin.com. Walaupun telah memohon maaf, ini satu pembohongan serius kerana cubaan mengelirukan pengundi dengan kelulusan akademik yang tinggi. Intergriti Muhammad Aiman Zainali tercalar kerana berbohong!
3. Muhammad Aiman adalah menantu Bakhtiar Mohd Nor, ADUN PPBM-PH yang meninggal dunia. Pencalonan beliau mendapat bantahan dari PPBM tempatan yang tidak mahu jawatan ADUN Semenyih diwarisi oleh keluarga Bakhtiar. Ramai calon lain yang lebih ‘senior’ dan berketrampilan berbanding Muhammad Aiman. Namun pemimpin tertinggi PPBM bertindak tidak mendengar pandangan ahli mereka sendiri. Kesannya, Muhammad Aiman Zanali ditolak oleh PPBM Semenyih. Apabila PPBM tempatan telah menolak calon mereka sendiri, maka pengundi Semenyih juga wajar menolak Muhammad Aiman Zainali pada hari pengundian nanti.
4. Muhammad Aiman Zainali, 30 tahun masih setahun jagung dalam sepak terajang politik tanahair. Benar kita memerlukan anak muda sebagai penyambung perjuangan orang lama, namun Muhammad Aiman Zainali tidak menepati kriteria ini. Gerak kerja kempen beliau sekarang hanya bersandar dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Pengarah PRK Semenyih untuk PH. Beliau kekok bergaul dengan masyarakat setempat serta mempunyai masalah komunikasi. Anak muda yang ditampilkan PPBM-PH ini dilihat gagal merasai denyut nadi rakyat dengan penampilan beliau yang dibuat-buat serta dikawal semuanya oleh orang lain.
5. Belum pun menang di PRK Semenyih dan menjadi wakil rakyat, calon PH ini sering menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Bagaimana mahu berkhidmat kepada masyarakat jika sering tidak dapat dikesan? Alasan yang diberi apabila hilang dari radar juga sangat tidak logik. Beliau memaklumkan mengalami masalah teknikal ketika kempen. Masalah teknikal apa yang begitu serius hingga hilang seharian? Di hari pengundian awalpun beliau hilang beberapa jam dan hanya muncul lewat pagi. Adakah beliau tidak mementingkan pengundi-pengundi awal di DUN Semenyih? Alasannya, beliau tiada pas calon bersama beliau ketika itu. Apakah calon PPBM-PH ini ada masalah disiplin?
6. Muhammad Aiman Zainali juga hanya pandai berjanji seperti pemimpin-pemimpin PH yang lain. Belum apa-apa, sudah menjanjikan “2 haribulan menang, 3 haribulan masalah (setempat) selesai”. Baru sahaja kempen bermula, sudah berjanji mahu membina hospital di Semenyih. Kenyataan beliau ini ditempelak oleh kawan beliau di dalam PH sendiri. Menteri Kesihatan PH dari AMANAH menolak cadangan Muhammad Aiman. Pemimpin tertinggi PPBM juga ‘tumpang sekaki’ menjual janji mahu menghapuskan tol. Rupa-rupanya bukan menghapuskan tol, tetapi mengekalkannya dengan nama ‘caj kesesakan’. Merasakan pengumuman tersebut menjadi bahan ketawa masyarakat, seorang menteri PKR membuat kenyataan ianya belum muktamad pula.
7. Nampak seperti PH sangat tertekan dalam kempen PRK Semenyih. Mereka menggunakan segala jentera kerajaan bagi memastikan pengundi menyokong mereka di Semenyih. Teks ucapan dikarang oleh mereka lalu diarah Tok Batin membaca menyokong mereka. Tok Batinpun tahu kerajaan PH sangat terdesak. Menteri Pelancongan PH pula telah mengumumkan sejumlah wang bantuan membaiki dewan di Semenyih namun membatalkan peruntukan bantuan tersebut. Mungkin tidak mahu memberi ‘peluru tambahan’ kepada BN barangkali.
8. Manakala calon BN Zakaria Hanafi pula sangat ‘steady‘ gerak kerja beliau. Sangat dikenali masyarakat tempatan, beliau dilihat tidak kekok bergaul mesra dengan pelbagai golongan masyarakat di Semenyih. Seorang yang berdisiplin tinggi, berkelulusan ‘tulen’ serta mudah didekati. Beliau tidak bergantung kepada pimpinan tertinggi BN membawanya berkempen. Sebagai ‘orang lama’, Zakaria tahu dan faham kehendak pengundi Semenyih.
9. Tentunya PH akan melakukan lebih banyak provokasi hingga tarikh pengundian nanti. Yang penting bagi semua petugas-petugas BN, kekalkan momentum dan fokus kepada gerak kerja. Usah dilayan provokasi ‘matlamat menghalalkan cara’ dari PH ini.
Selamat mengundi BN buat warga Semenyih…