BUKAN ISU BESAR, KATA OSMAN SAPIAN

882
SHARES
1.2k
VIEWS

Menteri Besar Johor Osman Sapian kata tak payah pindah penduduk sebab rumah boleh tutup tingkap.

Dia kata isu toksik ini bukan isu besar, oleh itu tidak perlu isytihar darurat.

Mungkin dia fikir udara gas beracun tak boleh masuk rumah bila kita tutup tingkap dan pintu.

Gas ini bukan kucing atau lalat yang boleh dihalau dengan tutup pintu atau tingkap, YB.

Dan bila beratus orang tak sedar diri dan dimasuk hospital, ini bukan isu kecil.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly kata kes gas toksik ini tidak sampai membawa maut.

Tapi dia juga kata dia masih tidak tahu apa sebenarnya yang dibuang dan masih lagi mengenal pasti bahan kimia tersebut.

Oleh itu dia belum pasti kandungan gas beracun itu, tetapi beritahu rakyat jangan risau ia tidak membawa maut?

Saya dimaklumkan jumlah mangsa telah meningkat sehingga hampir 2,000 orang dan 13 sekolah telah ditutup dan ada yang kritikal.

Takkan nak tunggu orang mati dulu YB Menteri?

Menteri Alam Sekitar Yeo Bee Yin kata semalam pihak yang bertanggungjawab membuang sisa toksik akan didakwa hari ini.

Namun sampai sekarang nama pihak yang buang toksik itu pun tidak berani nak umum, apakan lagi nak dakwa segera.

Kalau gerai laksa cepat sahaja bertindak, mungkin bila kilang besar takut pula nak ambil tindakan.

Sepatutnya bila ramai orang masuk hospital sebab terhidu gas beracun toksik ini, Menteri Alam Sekitar boleh terus bertindak dengan jentera Persekutuan untuk bersihkan pencemaran segera atas dasar kecemasan sebab ia melibatkan nyawa ramai orang awam, bukan tunggu pihak lain atau kerajaan negeri untuk bertindak dan menuding jari.

Jika kerajaan negeri kata tiada duit untuk bersihkan pencemaran toksik dan gas beracun, takkan nak biar begitu sahaja dan tunggu lebih ramai orang masuk hospital atau mati sebelum tunggu bincang isu bajet dan bidang kuasa dahulu?

Ini gas beracun, setiap minit kita tunggu, lebih ramai orang hidu.

Sepatutnya sebelum ini Menteri Alam Sekitar terus segera arah pegawai Persekutuan untuk ambil tindakan segera sebelum banyak lagi mangsa terhidu gas beracun.

Saya tidak sanggup nak cerita pasal Menteri Pendidikan Maszlee. Gas toksik beracun dan kebocoron gas pun tidak tahu beza.

Dulu dia ini suka sangat perlekeh orang. Kini giliran dia kena oleh rakyat. Karma.

Tun M? Tak tahu nak kata. Sekejap lagi mungkin dia lupa atau tak tahu.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/425754168180113/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts