MIC SETIA, LEBIH RASIONAL BERBANDING GERAKAN

370
SHARES
2.1k
VIEWS

Berbeza dengan parti Gerakan yang bertindak meninggalkan Barisan Nasional (BN) Parti MIC akan terus setia kepada Barisan Nasional (BN) dengan satu kesedaran dan keperluan iaitu agar BN mengubah pendekatannya kepada rakyat.

Ketua Pemuda MIC, Dato’ Sivarraajh Chandran menegaskan, ia faktor penting untuk memastikan BN terus relevan kepada rakyat sekali gus mendepani cabaran pasca keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kenyataan terkini MIC ini memperlihatkan kematangan berpolitik mereka berbanding Gerakan yang boleh dicurigai kesetiannya. Sekiranya BN menang pada PRU-14 yang lepas tentunya Gerakan akan setia bersama Barisan Nasional walaupun gerakan sendiri kalah di semua kerusi yang ditandinginya iaitu 11 Parlimen dan 31 DUN.

Dengan persembahan di PRU-14 yang memalukan tersebut, Gerakan memberi ‘hadiah istimewa’ buat BN iaitu dengan bertindak keluar sebagai parti komponen BN yang disambut baik oleh BN sendiri berbanding MIC yang lebih elegen menerima hakikat kekalahan dengan kekal bersama.

Tiada kegembiraan yang akan tergambar pada seseorang apabila sahabat baiknya memilih untuk meninggalkan beliau ketika kesusahan berbanding kekal ketika senang bersama yang sepatutnya diambil sebagai iktibar oleh BN untuk bermuhasabah dan berubah seperti saranan Dato’ Sivarraajh kerana tentunya bersebab kenapa BN ditolak oleh rakyat.

Melalui keputusan terkini tindakan Gerakan, maka kini BN mempunyai 3 parti sahaja iaitu UMNO, MIC dan MCA berbanding 13 parti komponen sebelum kekalahan pada PRU-14 lepas.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts