TITAH SULTAN JOHOR MENGENAI KEDAULATAN JOHOR, STATUT ROM DAN ICERD

580
SHARES
1.9k
VIEWS

Titah ucapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenaan dengan kuasa dan kedaulatan Perlembagaan Negeri Johor, Statut Rom serta ICERD

SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN,

SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI BAHAWA NEGERI JOHOR ADALAH SEBUAH NEGERI YANG MERDEKA DAN BERDAULAT, LEBIH AWAL DARIPADA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ATAUPUN MALAYSIA.

KEDAULATAN ITU BERMAKNA NEGERI JOHOR MEMPUNYAI HAK DAN KUASA DALAM MELAKSANAKAN PERKARA-PERKARA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

OLEH ITU, SAYA SEBAGAI RAJA DAN PEMERINTAH UTAMA NEGERI, MEMPUNYAI HAK DAN KUASA KE ATAS KERAJAAN SAYA DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA NEGERI JOHOR DAN RAKYAT YANG BERNAUNG DI DALAMNYA.

KUASA NEGERI TERHADAP AGAMA ISLAM, SUMBER AIR, HUTAN DAN TANAH TIDAK PERLU DIPERSOALKAN LAGI. RAJA SEBAGAI PEMERINTAH NEGERI PULA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG DAN BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGERI DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SEBAGAI BUMIPUTERA.

MANA-MANA PIHAK YANG TELAH MENYENTUH HAK DAN KUASA RAJA ATAU KERAJAAN NEGERI, ADALAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PENDERHAKA.

TINDAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG INGIN MERATIFIKASI ICERD DAN MENANDATANGANI STATUT ROM, ADALAH SATU TINDAKAN YANG BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KERANA IA MENYENTUH KUASA RAJA-RAJA DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SERTA KEMULIAAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI.

KERAJAAN HARUSLAH INGAT TENTANG KONTRAK SOSIAL DALAM SEJARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAHULU, DI MANA KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU TIDAK BOLEH DISENTUH ATAU DIKURANGKAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, SUKA SAYA INGATKAN KEPADA KERAJAAN SUPAYA TIDAK TERUS MENGIKUT APA JUGA KONVENSYEN ANTARABANGSA HANYA UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN ORANG LUAR, TETAPI AKHIRNYA NANTI IA AKAN MEMUSNAHKAN KEDAULATAN NEGARA DAN MENGGUGAT KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SENDIRI.

DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2211285815855503&id=2083565825294170

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts