TUDUHAN MELAMPAU CHONG CHIENG JEN, KATA PAS-UMNO ANCAMAN KEPADA NEGARA

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Terlalu melampau tuduhan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen terhadap kerjasama PAS dan UMNO yang disifatkannya sebagai ANCAMAN TERHADAP NEGARA.

Ahli Parlimen Stampin yang juga ADUN Kota Sentosa tersebut turut bersetuju dengan pandangan Nga Kor Ming bahawa kerjasama dua parti Melayu Islam ini berkemungkinan menjadi negara Taliban apabila mereka menang PRU-15 kelak.

Beliau juga berkata kerjasama PAS dan UMNO ini akan menggunakan isu perkauman dan agama sebagai propaganda dan kesal dengan persetujuan MIC dan MCA dengan kerjasama ini.

Kenyataan tersebut dibuat di ruang legar Parlimen apabila ditanya oleh wartawan pada 13 Mac lepas.

Secara tidak langsung Chieng Jen dan DAP yang rasis dan bencikan kedamaian ini amat takutkan gabungan atau penyatuan umat Islam di negara ini kerana ia bakal mengalahkan dominasi DAP di negara ini kelak.

Chieng Jen dan DAP ini bersifat rasis dan bencikan kedamaian kerana umat Islam bersatu semata-mata kerana ia adalah tuntutan agama Islam bahkan tidak menjadi kesalahan undang-undang di mana-mana negarapun di dunia ini jika masyarakatnya bersatu berdasarkan agama ataupun kaum.

Jika beliau dan DAP tidak sukakan penyatuan antara PAS dan UMNO ini maka mereka ini sebenarnya anti perpaduan, anti kedamaian dan rasis serta sukakan perpecahan dan gembira jika rakyat negara ini bergaduh antara satu sama lain.

Beliau sepatutnya meraikan penyatuan setiap kaum dan bukannya apabila Cina bersatu maka dibenarkan namun apabila Melayu Islam bersatu maka negara akan menjadi ganas.

Selagi tiada sesiapa menganiaya kaum lain seperti yang berlaku di Myanmar di mana penganut Buddha membunuh kaum lelaki Rohingya beragama Islam, merogol kaum wanitanya dan menyembelih kanak-kanak serta menghalau selebihnya keluar dari negara mereka sendiri, maka tidak usahlah DAP risaukan kerjasama antara Melayu dan Islam di negara ini.

DAP perlu bersyukur selama ini kerajaan tidak pernah menghalau atau menganiaya kaum minoriti tidak mengira apa bangsa sekalipun bahkan mereka hidup selesa, mengawal ekonomi serta kaum minoriti juga menjadi 10 orang terkaya di Malaysia.

Tidak cukupkah kemewahan dan kekayaan melimpah ruah yang dimiliki sehinggakan kaum Melayu Islam ingin bersatu pula ingin difitnah dan ditohmah sebagai bakal mengganas dengan menjadi Taliban dan ancaman kepada negara?

Apa yang mereka takutkan sehingga terpaksa mengapi-apikan kaum Melayu Islam agar marah dan  dalam masa yang sama menakut-nakutkan kaum Cina agar memandang buruk perpaduan ummah apabila PAS dan UMNO bekerjasama?

DAP sebenarnya takut hilang kuasa dan ditolak oleh rakyat negara ini kerana bersikap anti Melayu dan Islam walaupun bermanis muka di depan tetapi menikam dengan beluti di belakang.

Bagaimana mungkin kaum majoriti di negara ini akan bersikap sedemikian setelah berpuluh tahun hidup bersama dan saling hormat menghormati, melainkan Kor Ming, Chieng Jen dan DAP sendiri yang akan bersikap sedemikian apabila memperolehi kuasa mutlak di negara ini.

Jika ditafsirkan mengikut logik Kor Ming, Chieng Jen dan DAP iaitu apabila “sesuatu kaum bersatu ia akan menjadi ancaman untuk negara”, maka DAP inilah sebenarnya yang sedang mengancam negara kerana kaum Cina hampir 100 peratus bersatu dan menyokong mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts