BUKTI VIDEO ADIB TIDAK DILANGGAR KENDERAAN BOMBA

930
SHARES
2.1k
VIEWS

Manusia sering merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Telah diviralkan satu kilp video di mana kenderaan bomba yang bergerak mengundur melanggar kenderaan EMRS bomba di mana kelihatan seorang anggota bomba bergerak di antara kenderaan namun dengan jelas dilihat tiada seorang individupun dilanggar.

Maka, adakah video ini bakal mengubah keputusan inkues yang mutakhir ini cenderung untuk menyasarkan ‘kemalangan’ sebagai alasan arwah Muhammad Adib terbunuh pada malam rusuhan di Kuil Sri Mariamman?

Yang jelas, kredibiliti warga Pakistan bernama Budd Mohsin yang menjadi saksi ke-20 yang mendedahkan kononnya beliau melihat mangsa terhimpit di antara van EMRS dan sebuah kenderaan awam, kini tercalar dan boleh diragui.

Jika beliau melihat video ini beliau sendiri akan terkejut kerana tiada kelihatan sesiapapun dilanggar, melainkan beliau menipu dalam keterangan di inkues tersebut.

Ataupun video ini tidak berkaitan dan warga Pakistan tersebut mempunyai video yang lebih kukuh membuktikan arwah Adib dilanggar, yang membuatkannya tampil menjadi saksi untuk memberi di inkues tersebut.

Namun apa yang pasti, agak pelik apabila warga Pakistan bernama Budd Mohsin tersebut berani ke tempat rusuhan dalam keadaan ramai warga tempatan sendiri mengelakkan diri dari berada di sana dan akhirnya beliau berjaya ‘menyaksikan’ kejadian “arwah Adib dilanggar”.

Jika video ini benar seperti yang dimaksudkan, In sha Allah arwah Adib dan keluarga akan memperoleh keadilan sewajarnya.

Justeru mereka yang bertanggungjawab wajar segera dibawa ke muka pengadilan termasuk yang memberi kenyataan tidak benar di inkues.

Wallahualam.

Link video diambil melalui laman Facebook Ahmad Nizam Abdul Karim melalui pautan di bawah;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1993749254086804&id=100003552468177&sfnsn=mo

https://www.youtube.com/watch?v=XFxx4PTfl0E

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts