ANWAR MENEGUR MENTERI KEWANGAN

501
SHARES
1.6k
VIEWS

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap rasional dan membuktikan kewibawaan beliau selaku bekas Timbalan Perdana Menteri dengan menasihati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, supaya bijak mengimbangi antara kepentingan meyakinkan pelabur asing dan tanggungjawab membongkar penipuan serta penyelewengan kerajaan terdahulu.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Guan Eng perlu berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan digunakan sebagai rujukan oleh pelabur. Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan bekas Menteri Kewangan, turut mencadangkan supaya tanggungjawab membongkar salah laku itu diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

Ini telah terbukti apabila pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana kerana kegiatan politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan Barisan Nasional (BN) dengan kenyataan kerajaan PH kononnya hutang negara lebih RM1 trilion dan pewujudan Tabung Harapan.

Terkini yang memburukkan imej negara dan iklim pelaburan apabila Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dilaporkan memberitahu media perniagaan antarabangsa paling berpengaruh iaitu Financial Times bahawa Malaysia adalah sebuah negara bankrap.

Datuk Seri Anwar memaklumkan ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif. Walaupun kenyataan ataupun teguran Datuk Seri Anwar bersifat konstruktif namun dipandang dingin oleh YAB Perdana Menteri melalui wawancaranya bersama Channel News Asia semalam dengan mengatakan Anwar bukan dalam kerajaan.

Semoga Datuk Seri Anwar terus bersikap kritis dan berani menegur pimpinan utama negara.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts