PERKASA SOKONG PERBICARAAN KES DS NAJIB DISIARKAN SECARA LANGSUNG

108
SHARES
347
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA MALAYSIA

BIRO INTEGRITI & ANTI RASUAH

1 April 2019

1. PERKASA menyokong dan bersetuju dengan cadangan untuk menyiarkan perbicaraan kes yang melibatkan Dato Seri Najib Razak secara langsung ke seluruh negara ini. PERKASA berpendapat bahawa rakyat negara ini berhak mengetahui apa yang berlaku di dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung kerana kes ni boleh diklasifikasikan berprofil tinggi dan penuh kontroversi.

2. Seluruh rakyat negara ini berhak mengikuti perbicaraan secara terbuka kerana kes ini membawa kepentingan rakyat dalam membuktikan skandal rasuah dan penggubahan wang rakyat yang telah sekian lama digembar-gemburkan di negara ini.

3. Kes ini juga sudah lama dijadikan modal politik oleh pihak tertentu sejak sebelum PRU-14 lagi. Rakyat ingin melihat sekiranya ada unsur-unsur politik di dalam perbicaraan kes ini yang boleh mengancam sifat integriti keputusan kehakiman yang akan diambil ke atas kes ini.

4. PERKASA juga faham bahawa tidak semua rakyat dari seluruh negara mampu hadir ke mahkamah dan galeri mahkamahpun kecil dan terhad untuk menampung bilangan kehadiran rakyat nanti. Maka inisiatif siaran langsung pasti akan membantu rakyat bagi mengikuti perkembangan semasa perbicaraan kes ini secara terus dan tidak perlu bergantung kepada media sahaja.

5. PERKASA yakin tidak akan timbul sebarang masalah yang boleh mengganggu prosiding mahkamah melalui siaran langsung ini. Apa yang lebih penting, proses perbicaraan dijalankan secara telus dan rakyat dapat menilai sendiri proses kehakiman yang berlangsung.

6. Justeru itu, PERKASA sekali lagi menyokong dan bersetuju agar perbicaraan kes yang melibatkan Dato Seri Najib Razak disiarkan secara langsung ke seluruh negara ini.

Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Sekian.

Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Timbalan Pengerusi Biro Integriti & Anti Rasuah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts