SIAPA DALANG DI SEBALIK STATUT ROM?

520
SHARES
1.3k
VIEWS

Oleh Puad Zarkashi

Cerita mengenai Statut Rom belum berakhir.

Walaupun Mahathir sudah buat U-Turn, tetapi siapa puncanya Statut Rom itu diratifikasi?

Apakah berpunca dari Mahathir sendiri?

Sudah tentu Mahathir rasa tercabar apabila U-Turn terpaksa dibuat kerana tentangan adalah terlalu kuat apatah lagi ia dimulakan oleh Istana Johor.

Ada dua individu yang mengelirukan dalam isu ini;

Saifuddin Abdullah dan Tommy Thomas.

Jawapan Saifuddin bersumberkan Tommy Thomas kononnya imuniti Raja Raja Melayu tidak terjejas, pindaan Perlembagaan tidak perlu dan persetujuan Majlis Raja-Raja juga tidak perlu jika Statut Rom diratifikasi.

Rupanya semua hujah itu adalah salah.

Maka layakkah Tommy Thomas kekal sebagai Peguam Negara?

Kalau Osman Sapian boleh letak jawatan, kenapa tidak Saifuddin dan Tommy?

Sebab itu mesti ada dalangnya.

Kesimpulannya, adakah agenda tersirat ratifikasi itu ialah untuk mengurangkan lagi kuasa Raja-Raja Melayu secara mudah berbanding kalau dibawa terus ke Parlimen.

Alhamdulillah, gabungan Raja-Raja Melayu dan rakyat berjaya menghalangnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts