Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz
1. Sahabat saya seperti Kamal Hisham Jaafar dan Kamarul Yusoff telah membangkitkan tulisan ALMARHUM Sultan Azlan Shah berkaitan isu kononnya “Apabila parti cadang nama MB, Tuanku Sultan tiada pilihan lain melainkan melantiknya”
2. Selepas membaca 8 kali keseluruhan tulisan Sultan Azlan Shah ini, saya percaya bahawa kedua-dua orang sahabat saya ini telah terlepas pandang khususnya kandungan di muka surat 6, 7, 8 dan 9 tulisan ALMARHUM berkenaan.
3. Pandangan ALMARHUM yang diraikan oleh kedua-dua orang sahabat saya ini hanya 3 baris dan terkandung di muka surat 8 sahaja sedangkan untuk memahami konteks 3 baris berkenaan, saya percaya bahawa keseluruhan 4 muka surat tulisan berkenaan harus dibaca secara bersama, bukan setakat 3 baris itu saja.
4. ALMARHUM sebagai Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara tidak dipertikaikan kredibiliti Baginda. Penulisan Baginda juga penuh hikmah dan terserlah kebijaksanaan Baginda.
5. Sebelum menulis 3 baris di muka surat 8 itu, di muka surat 6 Baginda berkongsi berkaitan hubungan dingin antara Sultan Perak dengan Menteri Besar Tan Sri Ghazali JAWI. Selanjutnya Baginda turut memberi contoh hubungan dingin antara Sultan Pahang dengan Menteri Besarnya dan Sultan Johor dengan Menteri Besarnya yang kesemua peristiwa ini akhirnya menyebabkan MB yang berhubungan dingin dengan Sultan masing-masing itu yang terpaksa meletakkan jawatan.
6. Butiran kejadian ini boleh dibaca sendiri di muka surat 6 dan 7 di bawah.
7. Lebih menarik di perenggan 7, ALMARHUM Sultan Azlan Shah turut menyatakan bahawa;
“Adalah menjadi amalan yang diketahui umum bahawa antara yang akan menjadi PERTIMBANGAN parti politik yang mahu mencadangkan nama calon Menteri Besat kepada Sultan, kebolehterimaan Istana terhadap calon berkenaan sentiasa menjadi PERTIMBANGAN yang utama.
INILAH PERANAN PENTING SULTAN YANG WALAUPUN BAGINDA TIADA KUASA BUDI BICARA UNTUK MEMILIH SENDIRI MENTERI BESAR, CALON ITU MESTILAH BOLEH DITERIMA OLEH BAGINDA.
(Terjemahan ke Bahasa Melayu di atas adalah terjemahan saya sendiri saja dan ketepatannya bebas di persoalkan)
Ayat ALMARHUM sendiri di muka surat 7 berbunyi begini:-
“In fact, it is well-known that in submitting a candidate for appointment as Menteri Besar the party always takes into consideration his acceptability to the Ruler. This show how important is the role played by the Rulers even in matters in which he has no absolute discretion, even thought at times their action is difficult to justify”.
8. TETAPI SEMUA YANG DITULIS BAGINDA DI MUKA SURAT 6 DAN 7 INI BELUM LAGI DIULAS OLEH KEDUA-DUA SAHABAT SAYA.
9. Kemudian, bagaimana secara tiba-tiba Sultan Azlan menulis 3 baris seperti yang diraikan sangat oleh 2 sahabat saya ini?
10. Hendak sampai ke situ, Sultan Azlan merujuk kepada peristiwa pemilihan Menteri Besar Selangor selepas PRU tahun 1982.
11. Sultan Selangor terkilan dengan beberapa isu berkaitan calon yang dicadang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor apabila Baginda tersinggung dengan kenyataan media Dato Harun Idris yang memberi gambaran kepada media seolah-olah pastinya Tuanku akan melantik Dato Ahmad Razali yang mempunyai hubungan baik dengan Tuanku sebagai Menteri Besar, sedangkan sebenarnya Tuanku masih belum dipersembahkan dengan apa-apa cadangan nama.
12. Dan pendapat peribadi Sultan Azlan berkenaan dinyatakan seperti berikut:-
“When the party which obtains the majority of seats in the general election decides to nominate one of its members of the Assembly for appointment as Menteri Besar, IN MY VIEW the Rulers has no discretion but to appoint him”.
(PENEKANAN YANG DIHURUF-BESARKAN ADALAH DIBUAT OLEH SAYA)
13. Pendapat yang di atas adalah pandangan peribadi Sultan Azlan Shah, dan Baginda tidak merujuk pendapat peribadi Baginda berkenaan dengan merujuk kepada semua kes berkaitan tatacara pemilihan Menteri Besar.
14. Ini adalah kerana, pendapat Baginda tersebut hanya dihadkan kepada peristiwa pemilihan Menteri Besar Selangor tahun 1982 itu sahaja kerana Baginda di perenggan 4 muka surat 8 secara khusus merujuk kepada peristiwa berkenaan sahaja dengan penggunaan ayat “In this incident” dan Baginda memberikan 3 pendapat yang merujuk kepada “incident” berkenaan sahaja.
15. Daripada 3 pendapat Baginda berkenaan, hanya pendapat pertama Baginda yang sedang diraikan oleh sahabat-sahabat saya sedangkan saya berpendapat Pendapat Baginda yang diraikan itu tidak terpakai dalam semua keadaan selepasnya berkaitan pelantikan Menteri Besar.
16. Saya tetap berpegang kepada pandangan umum ALMARHUM Sultan Azlan yang telah saya huraikan di perenggan 7 di atas.
17. Satu lagi perkara yang menarik telah diulas oleh ALMARHUM Sultan Azlan adalah berkaitan peranan Perdana Menteri yang “berdiplomasi” dan “bijak berunding” dengan Raja-Raja Melayu bagi menyelesaikan kemelut hubungan antara Sultan dengan Menteri Besar, merujuk peristiwa di Perak, Pahang dan Johor seperti yang dihuraikan Baginda di muka surat 6, 7 dan 8 tulisan berkenaan. Sila baca sendiri.
18. Yang nyatanya, Perdana Menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan provokasi yang boleh memburukkan lagi hubungan dengan Istana. Orang tua sepatutnya lebih tenang dan sabar.
19. “It is fortunate that the Prime Minister took quick remedial action to settle the misunderstanding”, tulis Sultan Azlan di muka surat 9.
20. Jadi saya berharap 2 orang sahabat saya ini boleh menasihatkan Perdana Menteri untuk jangan tunjuk keras sangat dengan Sultan kerana sifat keras ini tidak semua keadaan, elok untuk negara.
(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)
Rujukan;
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/15350/9182