Raja Arab Saudi, Raja Salman Al Saud menerima kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo di istana Baginda di Riyadh.
Semasa kunjungan tersebut, Saudi dan Indonesia benbincang dan mengkaji hubungan bilateral antara kedua-dua negara dan cara bagaimana hubungan dalam semua bidang dapat diperkukuhkan.
Raja Salman mengalu-alukan kunjungan Presiden Republik Indonesia dan delegasi yang menyertainya dalam kunjungan mereka ke Saudi, sementara Jokowi pula menyatakan kegembiraannya untuk melawat dan bertemu dengan Baginda.
Selain itu, Jokowi juga disambut mesra oleh beberapa ketua, menteri dan pemimpin sektor ketenteraan di dewan penerimaan.
Raja Salman juga menganjurkan majlis makan tengah hari untuk menghormati kunjungan Presiden Indonesia dan delegasinya pada Ahad lepas.