APA SEBENARNYA KEHENDAK DAN KEPENTINGAN RAKYAT

419
SHARES
2.5k
VIEWS

Apa sebenarnya kehendak rakyat ? Apa sebenarnya kepentingan Rakyat?

Rakyat sebenarnya mahukan satu pekerjaan yang tetap dengan pendapatan (income) yang memadai untuk menanggung diri serta keluarga mereka.

Sebagai sebuah negara yang makmur seperti Malaysia, kerajaan Pakatan seharusnya boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat jelata terutamanya anak-anak muda hari ini.

Rakyat hendakkan satu kehidupan yang selesa. Satu kehidupan yang mempunyai masa depan yang cerah.

Seperkara yang amat penting untuk sesebuah keluarga hari ini ialah soal kos sara hidup yang semakin meningkat, manakala pendapatan keluarga tidak bertambah meningkat.

Ini menimbulkan masalah kepada terutamanya yang berada di dalam kumpulan pertengahan dan miskin bandar.

Kos sara hidup meliputi beberapa perkara yang penting untuk sesebuah keluarga iaitu;

1. Pendapatan (income) Ketua Keluarga;

2. Perumahan mampu milik;

3. Pengangkutan untuk keluarga;

4. Perbelanjaan bulanan isi rumah;

5. Utiliti – bil air dan elektrik;

6. Kos pendidikan anak-anak untuk ke sekolah;

7. Kos kesihatan sekiranya anggota keluarga ditimpa musibah (sakit).

INCOME (PENDAPATAN) KETUA KELUARGA.

Pendapatan ketua keluarga adalah merupakan isu paling penting, apabila kita membicarakan kos sara hidup.

Pendapatan seseorang penjawat awam atau pekerja swasta perlulah bersaing dengan harga-harga barangan dan lain-lain keperluan hidup sesebuah keluarga.

Harga barang keperluan tidak boleh dibiarkan terus naik tinggi jauh daripada pendapatan ketua keluarga yang bekerja sehinggakan membebankan keluarga.

Ini perlu dilihat secara holistik dan praktikal.

Gaji minimum, kos harga minyak petrol di pasaran, import barangan makanan dan pengeluaran makanan (food security) dalam negara perlu terus menerus diberi perhatian, agar mencukupi dan terkawal.

Isu bonus untuk penjawat awam di hujung tahun juga perlu diberi perhatian. Ini adalah untuk menampung kos menyediakan persiapan anak-anak untuk ke sekolah setiap tahun.

Pemberian bonus ini juga menjana ekonomi untuk barangan persekolahan.

PENGANGKUTAN UNTUK KELUARGA.

Isu pengangkutan juga adalah satu isu yang penting membabitkan kos sara hidup.

Kerana kos pengangkutan ketua keluarga pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja, adalah satu kos yang tidak boleh dipandang remeh.

Kerana itulah, di zaman kerajaan terdahulu (BN), pembinaan MRT 1, MRT 2 dan MRT 3 menjadi keutamaan kerajaan.

Stesen-stesen yang besar dibina sebagai satu perancangan jangka masa depan, yang mana akan menampung jumlah penumpang (rakyat) yang banyak dalam satu-satu masa kemuncak (peak hour).

Diharapkan ia akan dapat menampung pengangkutan awam untuk tempuh selama 10 hingga 15 tahun dari sekarang.

Stesen-stesen yang besar ini juga dilengkapi dengan kawasan meletak kereta dan motor yang besar serta selamat, bertujuan menggalakkan rakyat untuk park and ride (meletak kereta dan menaiki MRT) untuk ke tempat kerja dengan kadar kos yang jauh lebih murah.

Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa projek Pengangkutan MRT 3 akan dibina dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan kos daripada kerajaan terdahulu.

Mana tidaknya lebih rendah, kerana beberapa Stesen yang telah dirancang, tidak akan dibina.

Manakala, koc keretapi juga akan dikurangkan.

Ini adalah satu langkah ke belakang, bukan ke hadapan untuk masa depan pengangkutan rakyat di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

UTILITI – AIR DAN ELEKTRIK.

Bil air dan elektrik juga merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan kos sara hidup kekal di paras yang stabil dan tidak terus naik.

Mana mungkin ini akan terjadi apabila baru-baru ini, Menteri Air Pakatan Harapan mengumumkan tarif bil air akan naik di 5 buah negeri.

Manakala, tarif bil elektrik sedang dalam kajian untuk dinaikkan.

Menteri-Menteri PH ini seperti sudah tidak kenal erti kesusahan penduduk-penduduk luar bandar dan rakyat miskin dalam bandar.

KOS KESIHATAN UNTUK RAKYAT.

Kerajaan PH melalui Menteri Kesihatannya semenjak kebelakangan ini lebih sibuk memastikan tempat-tempat makan, restoran dan tempat awam dijadikan Kawasan Larangan Merokok.

Sepatutnya, Menteri Kesihatan turun padang melihat apakah tindakan yang paling efektif untuk membantu rakyat yang menghadapi musibah disebabkan kesihatan yang terganggu.

Sedarkah Menteri Kesihatan, pada ketika ini, sekiranya ada seorang rakyat sakit batuk, demam atau selesema, mereka lebih selesa ke klinik atau hospital kerajaan kerana kos ke klinik swasta kini telah melambung begitu tinggi.

Purata kos perubatan di klinik swasta untuk sakit batuk dan demam mencecah RM40.00 hingga RM70.00 setiap seorang.

Sedarkah Menteri Kesihatan kenapa ini terjadi? Adakah kerana kos ubat kini sudah naik?

KESIMPULAN:

Pilihan raya kecil di Rantau menjadi bukti yang sahih, rakyat ingin memberi mesej yang jelas kepada kerajaan Pakatan bahawa kerajaan seharusnya memberikan perihatian yang serius kepada apa kehendak rakyat?

Dan memberi perihatian kepada kebajikan rakyat serta berusaha membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Rakyat kini mulai sedar bahawa Kerajaan Pakatan yang memerintah selama 11 bulan ini telah gagal di dalam perkara-perkara yang disebut di atas.

Malahan, pemimpin PH lebih suka memainkan the blame game (menyalahkan kerajaan terdahulu), daripada mencari jalan yang terbaik untuk mengawal kos sara hidup rakyat.

Sesungguhnya rakyat juga sudah mulai sedar bahawa di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, rakyat rasa lebih senang, selesa dan sejahtera.

Sesungguhnya, rakyat merindui masa Barisan Nasional memerintah negara ini.

Salam.

DSBA

16 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts