MALAYSIAKINI ‘HAPRAK’, PORTAL PALING HINA DALAM INDUSTRI MEDIA MALAYSIA MODEN

3.1k
SHARES
9k
VIEWS

Malaysiakini merupakan portal media paling ‘haprak’ dalam negara. Berita-berita yang dilaporkan dari dahulu hingga kini penuh dengan prejudis, melaga-lagakan serta provokasi.

Hari ini, buat pertama kalinya laporan Malaysiakini ditegur oleh seorang Hakim kerana Malaysiakini melaporkan perkara yang tidak disebut langsung di dalam mahkamah. Ini jelas menunjukkan Malaysiakini telah cuai serta lalai mengeluarkan berita tersebut.

Bagaimana Malaysiakini boleh melaporkan berita palsu dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib? Malaysiakini melaporkan seorang saksi telah memberi keterangan beliau menerima arahan menunaikan cek berjumlah RM2.5 juta.

Selanjutnya beliau diarahkan memberi wang yang telah ditunaikan kepada Datin Seri Rosmah dan anak-anak beliau. Saksi tidak menyebut langsung perkara ini semasa memberi keterangan semalam!

Namun dalam laporan Malaysiakini melaporkan saksi tersebut telah menerima arahan untuk memberi wang tersebut kepada Datin Seri Rosmah dan anak-anaknya. Dari mana sumber Malaysiakini melaporkan berita berkenaan?

Mengapa Malaysiakini terlalu berani melaporkan perkara yang tidak disebut langsung oleh saksi dalam mahkamah? Apakah Malaysiakini memang berniat melakukannya dengan sengaja bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap Datuk Najib dan Datin Rosmah?

Akhirnya, Hakim sendiri telah menegur Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak betul. Malaysiakini sekadar tampil dengan pembetulan dan memohon maaf.

Laporan berita yang tidak betul atau palsu ini sudah terlalu banyak kali dibuat oleh Malaysiakini.

Tidak mustahil Malaysiakini akan mengulanginya lagi di masa hadapan selagi tiada tindakan yang benar-benar tegas dari pihak berkuasa.

Malaysiakini adalah agen penyebaran kebencian antara kaum, ejen mewujudkan prejudis antara agama, ejen melaga-lagakan sesama bangsa dan pusat kebencian terhadap Institusi Raja-Raja.

Elok dikuburkan saja portal Malaysiakini seperti terkuburnya Malaysian Insider suatu masa dahulu…

Oleh Md. Sani Harun

Askar Pencen

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts