KEGAGALAN INKUES ADIB, PERKASA GESA KERAJAAN SEGERA TUBUH RCI

358
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Penerangan PERKASA Malaysia

25 April 2019 | 19 Syaaban 1440H (Khamis)

1. Sudah lebih empat bulan Allahyarham Adib Kassim pergi meninggalkan keluarga tercinta serta rakan sejawatnya angkara rusuhan kuil di Sri Maha Mariamman November tahun lalu. Namun penjenayah yang melakukan kekejaman tersebut masih bebas di luar sana tanpa sebarang tindakan diambil.

2. Lebih menjengkelkan lagi apabila tular dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit ketika pendengaran inkues masih berlangsung.

3. Sehubungan itu, PERKASA mendesak dan menggesa kerajaan sekali lagi agar meletakkan keutamaan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera. Gesaan menubuhkan RCI ini terdahulu telahpun dinyatakan oleh Presiden PERKASA kerana menjangkakan ketidakadilan pasti berlaku jika hal kematian anggota bomba ini tidak dipandang serius.

4. RCI ini perlu ditubuh segera kerana kredibiliti dan integriti inkues ini sudahpun tercalar dan seterusnya mencemar institusi kehakiman yang mulia. Keterangan-keterangan yang telah dimanipulasi pasti akan memberi impak negatif dan tidak boleh diperakui di dalam keputusan inkues jika ia tetap diteruskan.

5. Tindakan Peguam Negara yang memfailkan afidavit mengenai kematian Adib juga merupakan satu tindakan tidak sepatutnya kerana ia seperti telah meletakkan satu keputusan tertentu mendahului keputusan inkues yang sedang berlangsung. Ia juga bersifat seperti tidak menghormati kemuliaan mahkamah.

6. Oleh itu, PERKASA berharap agar kerajaan PH yang melaung-laungkan ‘rule of law‘ jangan cakap tidak serupa bikin dan memandang serius hal ini serta segera menubuhkan RCI bagi mengenalpasti petualang di belakang kes kematian Allahyarham Adib.

Tiada alasan oleh kerajaan untuk tidak mewujudkan RCI ini kerana secara jelas saksi-saksi inkues ini telah dipengaruhi bagi memberi penilaian yang tidak tepat dan sesuai mengikut penelitian mereka.

PERKASA akan terus menerus mendesak bagi memastikan keluarga Allahyarham mendapat pembelaan yang sepatutnya dan penjenayah yang mengakibatkan kecederaan hingga membawa kepada kematian Arwah Adib yang membawa derita kepada keluarganya sepanjang hayat agar menerima hukuman yang setimpal.

KEADILAN UNTUK ARWAH ADIB YANG BERBANGSA MELAYU, SAMA PENTING KEPADA KEMATIAN BAGI BUKAN MELAYU DAN UMAT MELAYU WAJIB MENUNTUK KEADILAN TANPA TOLAK ANSUR SEPERTI TUNTUTAN LAIN-LAIN KAUM.

MEMBUJUR LALU MELINGTANG PATAH, GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.

Sekian. Terima kasih.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts