DI SEBALIK RAYUAN DAP AGAR MAHATHIR KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

651
SHARES
1.6k
VIEWS

Oleh Zamzuri Mohamed Tahir

Sepanjang Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin DAP-PKR-PAN menyalahkan Mahathir atas kekalahan PH dalam 5 pilihanraya kecil (PRK) terkini, Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng dan Penasihat DAP Lim Kit Siang menyepi dan membatu.

Sepanjang Ronnie Liew menghina Mahathir sebagai Harimau Kertas, kedua-duanya juga membisu dan membatu.

Malah DAP tidak pun mengenakan sebarang tindakan tatatertib dan disiplin ke atas mereka.

Sepanjang Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin DAP-PKR mendesak Mahathir menetapkan tarikh perletakan jawatan dan peralihan kuasa, kedua-duanya tetap juga membisu dan membatu.

Tanpa membela Mahathir atau merasionalkan kebiadapan ahli-ahli Parlimen dan pemimpin mereka sehingga ia menjadi senjata dan peluru pembangkang.

Tetapi pada hari ini, setelah Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya dan spekulasi kerajaan perpaduan Muafakat Nasional bertiup kencang, Setiausaha Agung DAP Joseph Lim Guan Eng merayu begitu sekali agar Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga penggal Parlimen berakhir.

Kedua-duanya barangkali boleh melupakan tekanan mereka terhadap Mahathir sewaktu dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Jumaat lalu.

Sikap dan pendirian DAP dalam perkara ini diambil setelah mereka bermesyuarat siang tadi, menzahirkan kebimbangan yang teramat sangat kehilangan kuasa dan peluang untuk menjarah aset negara dan harta umat Islam.

Sayangnya, nasi sudah menjadi bubur.

Kerakusan, ketamakan dan kezaliman Pakatan DAP-PKR-PAN dimatikan secara drastik angkara sikap dan tindak tanduk mereka sendiri, sepanjang 20 bulan mentadbir Putrajaya.

Ia adalah kemenangan rakyat yang selama ini dizalimi dan dianiaya oleh pelbagai dasar dan tindakan yang tidak mesra rakyat.

Siap-siaga dan bersedialah wahai para pemimpin kanan DAP-PKR-PAN untuk ke Sungai Buloh selepas ini.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/zamzuri2020/posts/866146550503585?__tn__=-R

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts