UMNO BERPENDIRIAN KEKAL GENCATAN POLITIK, TUMPU USAHA KEKANG WABAK COVID-19

130
SHARES
418
VIEWS

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi telah memutuskan beberapa perkara penting bagi mendepani cabaran semasa berikutan krisis politik negara dan ancaman gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Berikut merupakan inti pati daripada kenyataan media UMNO selepas mesyuarat tersebut;

1. UMNO menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan

2. UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO mendokong titah YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu – demi mempertahan kedaulatan Institusi DiRaja dan menjaga kepentingan rakyat

3. UMNO berpendirian semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam kerajaan

4. UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan

5. UMNO akan terus kekal fokus dan konsisten bagi memastikan keamanan negara dan kestabilan politik

6. UMNO beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti

7. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihan Raya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

Kenyataan penuh tersebut boleh dirujuk di pautan berikut;

https://editormalaysia.com/18368/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts