SPRM NAFI TAWAR WAN SAIFUL RM10 JUTA ANIAYA MAHIADDIN

77
SHARES
247
VIEWS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan badan itu dengan penawaran RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan kononnya untuk menganiayai Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengecam individu tersebut dan menyifatkan tuduhannya sebagai fitnah. Beliau juga berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat kandungan fitnah itu melalui sebuah klip video berdurasi 44 saat. 

Bagaimanapun, individu yang mendakwa dirinya sebagai penyelidik bebas untuk Wan Saiful, mengaku membuat kesilapan kerana provokasi netizen ketika membuat siaran langsung. Beliau juga telah membuat permohonan maaf kepada SPRM. 

Menurutnya, dakwaan itu hanyalah khabar angin yang ingin disahkan dengan Wan Saiful tetapi apabila diedit oleh pihak tertentu, kelihatan beliau memfitnah SPRM.

Apapun alasannya diharapkan pengguna media sosial hari ini berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kandungan untuk disiarkan, bukannya bersikap taksub dengan mana-mana pemimpin atau parti sehingga kandungan fitnahpun tidak dipeduli. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts