PAS DAKWA DAP BAWA ‘NARATIF PALSU’, TETAPI KENAPA BEKERJASAMA DUA KALI?

85
SHARES
274
VIEWS

Kenyataan Presiden PAS Hadi Awang yang menggesa orang bukan Melayu agar jangan terpedaya dengan “naratif palsu” DAP, dipertikai DAP sendiri yang pernah bekerjasama dengan mereka.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata jelas PAS bekerjasama dengan DAP dua kali pada masa lalu adalah untuk kepentingan sendiri. 

Kali pertama mereka bekerjasama ialah pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif (BA) selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat. Kali kedua pula mereka bekerjasama pada tahun 2008, iaitu kemuncak kepada gerakan reformasi ketika itu.

Hadi harus memberikan jawapan jujur kepada kita kerana sejarah seolah-olah memberitahu kita bahawa PAS menumpang parti politik lain untuk mencapai agenda politiknya sendiri dan dia juga harus menjawab kita sama ada PAS turut terpengaruh dengan apa yang dikatakan ‘naratif palsu’ ketika dua kali bekerjasama dengan DAP?” 

DAP sendiri mungkin serik untuk bersama PAS namun hakikatnya masing-masing boleh bekerjasama dengan parti musuh untuk kepentingan sendiri sebelum sekutu mereka dipinggirkan. Sama seperti DAP bekerjasama dengan Tun Mahathir dan Bersatu dalam Pakatan Harapan 1.0 sedangkan sebelum itu Mahathir itulah seteru utama mereka.

Cuma berbeza dengan PAS, DAP selalunya dipinggirkan atau ditinggalkan. Manakala PAS pula asyik meninggalkan parti lain apabila ada tawaran lain yang lebih baik. Seperti yang berlaku dalam Muafakat Nasional menerusi tangisan palsu pemimpin-pemimpin PAS, mereka kemudiannya melutut kepada Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Bersatu apabila tawaran “scheme of things” diberikan.

Ini kerana bagi PAS, walaupun dalilnya selalu berubah-ubah mengikut kepentingan parti, namun ada satu dalilnya yang kekal konsisten daripada dahulu sehingga kini. Malah ia diamalkan pemimpin-pemimpinnya demi agenda peribadi iaitu “walhalalku, walharammu” – jika kami lakukan ia halal dan dibolehkan tetapi bagi parti lain ia haram dan perlu dikecam.

Tidak mustahil juga jika PAS-DAP akan bekerjasama buat kali ketiga kerana bagi PAS, segalanya boleh dihalalkan. 

Justeru itu, bukankah ini hanya menyerlahkan sikap hipokrit PAS, atau lebih tepat lagi inilah sifat munafik mereka? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts